Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Rumah Ndoi, Ulu Legong
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haiii semuaa! Last post Yana share pengalaman Yana hiking dekat Bukit Mok Cun.. Jadi, hari nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana yang lebih menarik semasa Yana berada di Rumah Ndoi , Ulu Legong.. Nak tahu apa yang menariknya? Jemput baca | Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Rumah Ndoi, Ulu Legong ♥
Okay, segala-galanya bermula pada pagi Sabtu lepas.. Kelas yang Yana kena attend setiap petang weekend telah dibatalkan disebabkan virus covid19 .. Yana tahu sepatutnya Yana kena stay saja dekat rumah tapi Yana dan kawan Yana ada satu plan yang dah lama kami rancang tapi tak dapat ditunaikan sebab kekangan masa.. Since kelas telah dibatalkan till further notice kami pun decided nak spend our weekend dekat Rumah Ndoi, Ulu Legong.. Semuanya jadi last minit, hari Sabtu kami booking, hari Sabtu tu jugaklah kami check in.. Lagipun tempat kami nak pi nie bukan tempat tumpuan umum sangat dia more macam masuk hutan hehe =)
Sebelum memulakan perjalanan kami sempat makan tengah hari di kedai berdekatan dengan rumah Yana.. Selesai makan, kami memulakan perjalanan ke Rumah Ndoi yang mengambil masa lebih kurang satu jam tiga puluh minit daripada rumah Yana.. Alhamdulillah, perjalanan lancar.. Kami sampai pun rasanya dalam waktu Asar kalau tak salah.. So, kami pun kenalkan kami sapa untuk tujuan nak check in.. Selepas itu, kami dibawa ke tent kami booked.. Oh ya, dekat Rumah Ndoi nie anda boleh pilih sama ada nak duduk hammock ataupun tent kami berdua pilih tent lah.. Selesai letak barang-barang kami, kemudian kami turun ke bawah sebab awal tu kami dipelawa untuk minum kopi madu yang mungkin bagi Yana merupakan minuman signature Rumah Ndoi.. Sedap kopi tu memang kaw giler lah terasa keikhlasan orang yang bancuh kopi tu.. Oh ya, owner Rumah Ndoi lebih mesra disapa as Pak Long.. Pak Long memang ramah sangat dah macam ayah-ayah ja..
Dusun Tok Wak Desa Sentosa
Selepas selesai minum kopi kami bercadang nak cari sungai yang berdekatan sebab kami terlebih dahulu study mengenai Rumah Ndoi and kami tahu dekat kawasan berdekatan Rumah Ndoi ada sungai.. Yes! Memang tepat, just kami kena jalan kaki sikit untuk sampai ke sungai tu .. Kawasan sungai tu nama dia Dusun Tok Wak Desa Sentosa.. Sebenarnya dekat sini merupakan tempat pengunjung menjamu selera pada waktu tengah hari dengan menikmati hidangan dalam sungai.. Kami sampai pun agak lewat petang jadi kawasan sungai tu memang clear hanya kami berdua sahaja dekat area tu.. Tempat memang cantik, apalagi OOTD time lah.. Hee.. Selepas selesai menjelajah sungai tu and settle bergambar dekat situ kami pun beransur pulang ke Rumah Ndoi semula untuk mandi dan siap-siap untuk makan malam..
Makan malam kami adalah nasi tomato , bukan dihidangkan as buffet ya.. Makanan perlu ditempah semasa nak book kami pilih untuk makan malam dan sarapan keesokkan paginya dekat Rumah Ndoi sahaja.. Yana bagitau eh, dekat sini kalau tak salah ada tiga ekor kucing jangan risau kucing-kucing nie well behave mereka tak kacau orang makan dengan agresive.. Ada satu kucing nie bila dia nak minta makanan dia one touch tangan Yana.. Pada mulanya, Yana ingat dia cium tangan tapi kawan Yana cakap dia sentuh tangan Yana omgggg.. Terharu nya pertama kali kucing minta makanan buat macam tu tauuu..
Kolam Air Panas Ulu Legong
Selesai makan malam, kami dah plan nak ke Kolam Air Panas Ulu Legong yang terletak berdekatan dengan Rumah Ndoi.. Mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan kereta.. Bayaran dikenakan RM8 untuk orang dewasa.. Harga tiket masuk bagi kanak-kanak dan warga emas boleh rujuk gambar dekat bawah :
Kami kemudian pulang semula ke Rumah Ndoi pada pukul 10.30 malam dan siap-siap nak tidur.. Hm, mesti ada yang tertanya-tanya selesa dak tidur dalam tent tu? Sejujurnya, boleh lah kalo nak cakap selesa sangat tu menipu lah.. Just bolehlah nak rehatkan badan dan lelapkan mata dengan selesa yang mampu kalau anda tipikal spoil brat tak payah la gatai nak cuba yer.. Nanti duk complaint macam-macam pula.. Oh ya, sebelum Yana lupa tandas ada saja berdekatan dengan kawasan hammock dan tent .. Surau juga turut disediakan cumanya kena kongsilah lelaki dan perempuan begitu juga dengan tandas.. Not to worry, alhamdulillah selamat tak apa apa yang tak baik jadi..
Keesokkan paginya kami terjaga seawal 6 pagi.. Sarapan kami pada pukul 8 pagi.. Sambil menunggu masa sarapan kami buat lah apa yang patut.. Tepat pukul 8 pagi kami pun turun ke bawah untuk sarapan.. While waiting kami jalan-jalan sebentar di kawasan Rumah Ndoi .. Nak tahu apa yang best? Ada memerang yang comel and manja gila mai sapa kami berdua.. To be honest, Yana memang takut sebab Yana tak tahu perangai memerang nie macam mana .. Kami kemudian dipanggil untuk makan sarapan pagi ..
Lata Gading
Selesai makan kami terus siap nak gerak ke Lata Gading dengan berpandukan direction yang dibagi oleh owner Rumah Ndoi .. Walaupun ada beberapa kecelaruan semasa dalam perjalanan nak ke Lata Gading tapi alhamdulillah kami berdua berjaya sampai dengan selamat .. Once dah sampai perkara pertama kami buat semestinya sesi bergambar , lepas dah puas bergambar dekat semua angle barulah kami mandi .. Air dekat Lata Gading nie sejuk , jernih dan bersih , mungkin sebab tak ramai sanggup nak masuk hutan untuk sampai ke sini .. Perjalanan ke Lata Gading kena sedikit jungle trekking yang mengambil masa lebih kurang 30 minit .. Setelah puas mandi kami pun bergerak untuk pulang semula ke Rumah Ndoi untuk mandi then checkout ..
Info lanjut mengenai Rumah Ndoi , Ulu Legong boleh refer maklumat dekat bawah nie :-
Facebook : Rumah Ndoi , Ulu Legong
Instagram : rumah_ndoi_resort
No. Telefon : 013-433 4899
Terima kasih Pak Long and family atas layanan mesra yang diberikan .. In shaa allah , kalau ada rezeki dan umur yang panjang kami pi lagi naaa ♥
10 Comments
ayaq kopi tu. ishh..selera sungguhh tgknyaa
ReplyDeleteTau takpa.. Pekat likat heee.. Letak madu lagi
Deletewow bestnya..tak hajak pun kita..:)
ReplyDeleteHahaha jauh laa ciknor
Deletememang patut nama dia Rumah Ndoi sebab banyak nauuu boyan hehe.. orang utara rajin guna Ndoi kan.. sesekali escapism macam ni best.. jauh dari sibok kota dan dekat dengan nature. part berendam dalam air sungai tu akak suka.. lega la nikmat sejuk.
ReplyDeletedulu pegi kolam air panas tu.. time sek rendah kot.
wakakakka..
Yana pun suka akak.. Selamat kenangkan nak checkout saja.. Kalo dak xmau kluaq lagi dr ayaq tu haha
DeleteAssalamualaikum yana.. waaa bestnye... SS pun suka tempat2 mcm ni.. mmg rest mental,dan jiwa raga laa kalau dapat pi sana... Tq share! harap ada rezeki bercuti kt Rumah Ndoi tu...
ReplyDeleteWaalaikummussalam.. Yes rasa rileks sgt.. Tpi tmpt tidoq tu just bley tdoq la nk kata selesa tu x.. Panas sikit so better bawak kipas tgn or kipas bateri tu kalo nak rasa selesa heee
DeleteWaalaikummussalam.. Yes rasa rileks sgt.. Tpi tmpt tidoq tu just bley tdoq la nk kata selesa tu x.. Panas sikit so better bawak kipas tgn or kipas bateri tu kalo nak rasa selesa heee
DeleteWaalaikummussalam.. Yes rasa rileks sgt.. Tpi tmpt tidoq tu just bley tdoq la nk kata selesa tu x.. Panas sikit so better bawak kipas tgn or kipas bateri tu kalo nak rasa selesa heee
DeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^