Pengalaman Hiking di Bukit MokCun @ Bukit Kodiang

Pengalaman Hiking di Bukit MokCun @ Bukit Kodiang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua.. Sekian lama Yana menyepi hari nie Yana buat comeback bersempena dengan blog Yana dah cecah 500k views! Yeayy! Finally.. Okay.. Yana sebenarnya nak kongsi pengalaman Yana hiking Bukit Mokcun atau lebih dikenali dengan Bukit Kodiang pada bulan Januari yang lalu.. Nak tahu best ke tak hiking dekat Bukit Mokcun nie , jom baca | Pengalaman Hiking di Bukit Mokcun @ Bukit Kodiang ♥


Yana takmau lah cerita sejarah Bukit Mokcun sebab Yana bukanlah penduduk tempatan takut pula nanti Yana tersalah bagi fakta dekat anda semua.. Perjalanan dari Kepala Batas nak ke Kodiang mengambil masa lebih kurang sejam tiga puluh minit kot .. Yana tak keseorangan ke sana sebab benda alah nie partner in crime Yana yang ajak buat.. So, kami bertolak dalam pukul 8 macam tu kot sampai sana dekat pukul 10 pagi ,plus minus la benda dah lama Yana pun dah lupa.. Once dah sampai sana kami mulakan perjalanan lalu dekat laluan denai hutan .. Tali disediakan sebab jalan dia agak licin dan curam..


Tatkala Yana dah selesa dengan laluan denai maka tibalah masa untuk Yana ghabat (panjat) batu yang 90 darjah tu.. Omgggg! To be honest Yana tak expect laluan dia se extreme nie plus Yana bukanlah fit sangat.. Ada laluan kami kena mendaki thru batu ada sesetengah laluan tangga besi disediakan.. Yana hampir koyak bila nampak macam tu punya gaya untuk naik le atas.. Whatever it is, benda Yana dah mulakan so Yana kena selesaikan.. Yana tak force diri untuk naik ke atas.. Yana ambil moment and slow-slow naik sebab agak bahaya wei laluan dia silap langkah jatuh naya kot..
Alhamdulillah , dalam masa lebih kurang 40-45 minit Yana dan kawan berjaya sampai dekat atas Bukit Mokcun.. Actually,  tempat kami landing tak cukup atas sebab ada lagi satu tangga untuk bawa ke puncak.. Memandangkan Yana dah totally barai so situ sahajalah Yana bertapak.. Snap-snap gambar sebagai kenangan..


Setelah selesai ambil gambar dan dah rasa puas menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau kami siap-siap untuk turun.. Bagi Yana, nak turun jauh lebih mencabar sebab ada lah sebabnya Yana taktau nak describe macam mana kalau anda nak tahu boleh cuba pi panjat Bukit Mokcun untuk rasa pengalaman Yana.. Perjalanan nak turun not so smooth bagi Yana sebab Yana rasa gayat dan ada lah sekali kot Yana tergelincir sebab kaki salah landing sebab ingat dah rata dah permukaan tu rupanya tidak.. Alhamdulillah, takda apa yang serius just lebam sikit sebab terlanggar batu.. Hehehe..


Okay review Yana untuk Bukit Mokcun aka Bukit Kodiang.. Cukuplah Yana naik sekali sekadar untuk pengalaman sebab nie bukan level Yana.. Yana tak mampu nak atasi trek yang macam tu.. Mungkin ianya sesuai bagi mereka yang betul-betul fit.. View dekat atas memang worth the struggle.. Once dah sampai dekat atas and tengok view dari atas rasa macam wahh cantik nyaaa ,tak sia sia aku naik dengan susah payah untuk sampai at this point.. Yana nasihatkan anda pakai kasut yang betul-betul kuat cengkamannya dan sarung tangan yang ada getah dekat tengah tu sebab nak kena pegang tali, tali agak licin dan mungkin sakit sikit kalau bare hand


Sekian sahaja perkongsian Yana.. Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Bukit Mokcun aka Bukit Kodiang boleh lah google sebab Yana tengok ramai juga hikers yang share pengalaman mereka di blog masing-masing..

11 Comments

  1. Mencabarnya batu 90 darjah tu.. Fuh siap kena panjat guna tangga besi tu..

    Kalau husniey nangis kot ni😂, Nice sharing.. Husniey follow sini #417

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Yana masa nak naik boleh control lagi.. Masa nak turun tangga tu rasa nak nangis dah siap cakap yana ta boleh .. Giler tinggi kot

      Delete
    2. kena pakai guide ke x yana nk ke mok cun

      Delete
    3. Masa yana pi tak kena pun ,lani tatau la kot depa buat rules baru hehe

      Delete
  2. dulu belajar kat perlis selalu la p kodiang

    ReplyDelete
  3. akak surrender sajalah aktiviti macam ni.. memang tahu dah xdak kekuatan lew nak join. kang join buat bawa masalah kat orang keke.. kita buat aktiviti lain laaa sama2 eyh..

    ReplyDelete
  4. Weekend ni gi . hehehe . thank you sis for sharing

    ReplyDelete
  5. Hi acik blog walking berkenaan Mok Cun. Sekarang dh ada tangga. Acik datang awal 2019 belum ada tangga tu. Macam nak kena repeat ni hihi

    ReplyDelete
  6. wah..meanriknya baca pengalaman hiking you...teringin nak pergi jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete
  7. steady lah yana. x semua brani nak panjat setelah menonton vid gayat. well done sbb terbukti anda masih steady

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sapa nie ? Mirul kah ? Dulu la , lani pencen dah 🤣

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^