Tutorial Edit Gambar Ala-Ala Background Instagram

Tutorial Edit Gambar Ala-Ala Background Instagram

ASSALAMMUALAIKUM  WBT ♥

Haii semua.. Okay memandangkan hari nie Yana sedikit rajin, Yana nak share cara edit gambar ala-ala background instagram.. Tutorial nak buat gambar macam nie Yana belajar dekat Twitter Yana tak ingat pula tuan empunya idea.. Nak tahu lebih lanjut jom baca| Tutorial Edit Gambar Ala-Ala Background Instagram ♥


Nak buat gambar macam nie Yana menggunakan sepenuhnya aplikasi Picsart.. So,  sesiapa yang tak ada aplikasi nie sila download dahulu yer.. First thing first, Yana akan screenshot profile instagram Yana.. Yana menggunakan dark mode sebab Yana nak jadikan font tu warna putih.. Better dark mode baru cantik kejadiannya.. Selepas dah screenshot tu, masuk Picsart dan pilih gambar yang anda nak untuk dijadikan sebagai background.. Yana prefer gambar yang gelap sebab font tu nanti warna putih jadi nampak jelas sikit kalau gambar berwarna cerah nanti font tu tenggelam.. 


Dekat aplikasi Picsart pilih "add photo" dan pilih gambar screenshot profile instagram anda tadi.. Crop sampai bahagian mana yang anda nak ia kelihatan.. Macam Yana, Yana crop bagi nampak nama Yana sampai ke highlight Yana.. Higlight tu pilihan kalau taknak pun takpa sebab kalau anda nak kerja lebih sikit lah.. Heheh


Selepas anda dah selesai crop bahagian mana anda nak , kemudian pilih "blend" dan "lighten" maka ia akan terlihat seperti gambar Yana yang dekat atas tu.. Langkah seterusnya, adjust saiz dan kedudukan gambar screenshot profile instagram anda mengikut citarasa masing-masing.. Oh ya , sebelum Yana lupa actually anda boleh pada yang mana anda taknak kelihatan tu dekat bahagian atas sekali ada ikon "eraser" sila pilih untuk padam yang mana anda taknak kelihatan ..


Jadi, ia akan kelihatan macam nie.. Nampak tak gambar higlight story dan profile picture Yana kabur dekat situ? Okay, jangan risau ada cara nak bagi dia nampak lebih jelas.. 


Pilih "add photo" sekali lagi. Kali nie anda akan crop gambar nie dengan bentuk bulat.. Jadi, sila pilih "shape" dan ambil bentuk bulat.. Arahkan bentuk bulat tersebut ke arah gambar profile dan adjust bagi sama bentuk macam gambar profile anda.. Bila dah sama, sila save.. 


So,  dia akan jadi macam nie lah yer teman-teman.. Alihkan ke gambar profile yang kabur tu adjust bagi kedudukan dan saiz sama macam mana saiz dan kedudukan yang kabur tu .. Nak lebih menarik jom tambah efek konon-konon ada story.. 


Next step,  tambah "sticker" kemudian dekat atas anda boleh search sila taip "instagram story" dan pilih sticker story tu.. Langkah sama macam tadi kali ini anda perlu adjust saiz sticker story nie mengikut saiz gambar profile tadi.. Kedudukan bagi nampak terletak just nice dengan gambar profile tadi yer.. 


Tadaaa!! Kalau nak diikutkan macam nie dah kira siap la.. Tapi Yana nak bagi gambar highlight story tu nampak lebih clear maka ada langkah seterusnya.. Oh ya! Gambar highlight story tu Yana ambil dekat Pinterest jadi Yana ada simpan lah.. Bagi kes anda mungkin anda boleh save cover highlight story anda daripada instagram ya.. Langkah yang sama sila "add photo" cover highlight instagram anda crop ikut shape bulat .. Kemudian resize dan adjust kedudukan based on gambar cover story instagram anda yang kabur masa letak gambar yang telah di screenshot awal-awal tadi.. Ulang langkah yang sama sampai semuanya dah cun.. 


Okay bila semua dah selesai maka ia akan kelihatan macam nie.. Gambar-gambar cover story instagram tadi Yana adjust opacity 79 so dia nampak macam kabur-kabur sikit.. Bila dah siap semua dah boleh save dan upload dekat social media anda.. Yana dah ajarkan jangan pula ada yang suruh Yana buatkan .. Hahaha ! Nak siapkan entri nie pun Yana dah berpinau mata buat semula dan edit semua screenshot Yana ..Yer,  sama-sama in advance =) Selamat mencuba gaisss ♥

7 Comments

  1. Mudah dan faham...Sis memang ada lama dah apps tu, cuma tak explore aje, sebab banyak buat keje kat laptop, so guna photoscape je ko...photoshop sampai skrg tak reti guna hahahaha

    ReplyDelete
  2. Owhh ini caranya.. patut ramai yang up dekat ig bende ni..

    ReplyDelete
  3. tak testing buat lagi, haha! mlas betoi nak edit gambo..

    ReplyDelete
  4. Menarik..apapun pakcik ni dah berusia instagram..sekadar tengok ni boleh lah..remaj belia sukakan

    ReplyDelete
  5. lawa jadi dia laa.. Picsart ni keluar masuk je, tetap jugak tak reti guna. Haha

    ReplyDelete
  6. macam mana nk upload di ig? sebab dia akan crop bulat x full pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nak upload full size dekat ig better guna inshot amek canvas saizig =)

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^