Kecantikkan Pantai Malindo , Balik Pulau , Penang
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haii semua , memandangkan Yana tak boleh nak tidoq lagi nie jadi Yana nak share lah dengan anda semua satu tempat yang menarik dan sesuai sangat untuk mereka yang kaki OOTD macam Yana nie .. Nak tahu apa yang best mengenai tempat nie ? Jom baca │Kecantikkan Pantai Malindo , Balik Pulau , Penang ♥
Okay , cerita dia macam nie memandangkan raya Yana hari tu agak krik krik Yana pun takda plan nak ke mana , tetamu pun tak boleh nak datang ke rumah sebab kita masih lagi dalam tempoh PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) .. Tetiba saja dalam Yana tengah kebosanan kawan Yana ada ajak keluar mengopi lepas tu kami berdua TER lajak lah sikit ke Balik Pulau .. Oh ya , durian tengah banyak sekarang dekat sana .. Ramai yang kata durian Balik Pulau best , Yana taktau lah sebab Yana tak makan durian .. Okay berbalik pada kisah kami tadi ,awalnya kami singgah di Gertak Sanggul kemudian baru kami ke Pantai Malindo yang terletak di Kampung Sungai Burung , Balik Pulau ..
Perjalanan menuju ke Pantai Malindo nie agak pendalaman .. Sebab apa yang Yana tahu pantai nie selalu letaknya di tepi jalan macam pantai dekat Batu Feringhi , Tanjung Bungah dan beberapa pantai lagi lah .. Pantai Malindo nie dekat dalam kawasan perkampungan lepas tu jalan dia boleh dikatakan agak sempit .. Tak ramai pengunjung sangat masa kami ke sana yang ada pun beberapa geng budak-budak then orang kampung dekat situ yang sedang lepak-lepak membincangkan isu semasa hahaha ! Macam mana Yana tau ? Ada Yana terdengar perbualan mereka masa Yana pass by tu ..
Ermm , apa yang tak best Pantai Malindo jalan dia agak berlecak memandangkan kedudukannya di kawasan paya bakau .. Jadi , Yana nasihatkan kepada anda yang berniat nak ke sana janganlah pakai kasut lawa-lawa lagi mahal yer , pakai selipar sudah nanti kasut kotor Yana tak tau =P .. Lagi satu nya yang tak best banyak sangat monyet dekat situ dah lah siap berkumpul dekat laluan utama jalan nak ke pantai pula tu ..
Walaubagaimanapun , semua yang tak best tu tak seberapa sangat jika nak dibandingkan dengan view yang ada dekat sana lagi-lagi semasa matahari terbenam .. Bagi mereka yang gemar berfotografi memang sesuai sangatlah tempat nie dijadikan sebagai salah satu lokasi untuk anda asah bakat anda ..
Okay , sekian sahaja daripada Yana .. Sekiranya anda berniat nak ke sana tolonglah jangan rosakkan alam semulajadi .. Jangan buang sampah merata-rata jangan rosakkan harta benda dekat sana sayang kalau tempat cantik macam tu tercemar sekiranya ada pengunjung yang tak bertanggungjawab buat onar .. In shaa allah , kalau ada kesempatan Yana nak ke sana lagi ♥
Kuala Sungai Burung, Jalan Bharu, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang
85QW+PV Balik Pulau, Penang
* nota kaki :
kalau nak gambar anda dekat sana cantik-cantik sila bawa kawan yang tangannya dibedung ya , alhamdulillah , gambar-gambar Yana dekat sana semua cantik-cantik sebab kawan Yana tangannya dibedung =P
* nota kaki :
kalau nak gambar anda dekat sana cantik-cantik sila bawa kawan yang tangannya dibedung ya , alhamdulillah , gambar-gambar Yana dekat sana semua cantik-cantik sebab kawan Yana tangannya dibedung =P
4 Comments
lama tak updates blog..haha
ReplyDeleteHaha yana pun samalah ciknor nie baru ada kesedaran tu pun sebab tak boleh tidoq semalam
DeleteCantiknya..suka tengok view pantai. pantai camni port orang mancing ni :)
ReplyDeletenama macam kat luar negara dah . haha
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^