Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Brown Hotel , Penang
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haiii semua ! Okay hari nie Yana nak share lagi benda best dengan anda semua .. Kali nie Yana nak ceritakan pengalaman Yana semasa mengginap di Brown Hotel baru-baru nie .. Nak tahu best ke tidak pengalaman Yana pada kali nie ? Jom baca │Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Brown Hotel , Penang ♥
Sebenarnya kalau anda semua nak tahu Brown Hotel nie dah lama dalam pemerhatian Yana sebab Yana tertarik dengan design hotel dari luar nampak cantik dan mewah .. Yana sangkakan hotel nie untuk golongan yang berada sebab nampak mewah kan dari luar .. Rupa-rupanya hotel nie mampu milik saja harganya semalam .. Jadi , sesiapa pun mampu untuk mengginap di Brown Hotel ..
Brown Hotel adalah hotel baru yang dibuka pada bulan Disember 2019 , merupakan hotel yang selesa dengan harga yang berpatutan .. Terletak di tengah-tengah bandar Georgetown secara tak langsung merupakan salah satu lokasi yang sangat strategik bagi mereka yang nak explore makanan menarik di Penang .. Apa yang paling best , Brown Hotel nie terletak betul-betul di hadapan Padang Brown yang mana merupakan salah tempat yang wajib anda kunjungi sekiranya datang ke Pulau Pinang ..
Terdapat 51 bilik yang lengkap dengan beberapa kemudahan seperti pengering rambut , kemudahan membancuh kopi / teh meja , peti keselamatan , skrin TV rata dan peti sejuk .. Setiap bilik mempunyai tandas dan pancuran mandian sendiri dengan kemudahan yang disediakan .. Cadar yang disediakan juga bersih , tilam dan bantal yang selesa .. Tujuan utama Brown Hotel menyediakan semua kelengakapan ini adalah untuk memastikan pelanggan mereka berasa selesa semasa mengginap di Brown Hotel dengan adanya semua kemudahan seperti yang dinyatakan..
Yana telah memilih Standard Queen Room .. Jom tengok bagaimana rupa bilik yang Yana pilih tu ..
Standard Queen Room nie tanpa tingkap ya , nak kata luas sangat tu takda lah cuma apa yang boleh Yana katakan bilik macam dah cukup selesa bagi Yana .. Memandangkan Yana ke sini lebih kepada urusan kerja bukan leisure jadi bagi Yana bilik macam nie dah cukup selesa .. Bilik mandi sangat bersih toiletries juga disediakan sekiranya anda terlupa nak bawa toiletries anda tak perlu nak pergi beli sebab semuanya telah disediakan di Brown Hotel ..
Terdapat 4 jenis bilik di Brown Hotel , iaitu Standard Queen , Standard Twin , Family Room dan Standard Single ..
STANDARD QUEEN
STANDARD TWIN
FAMILY ROOM
STANDARD SINGLE
Sekiranya anda rasa malas nak keluar cari makan , jangan risau kerana di Brown Hotel turut terdapat kafe yang dinamakan Brown Cafe .. Masa Yana berada di sana Brown Cafe belum lagi beroperasi jadi Yana hanya dapat kongsikan gambar di sekitar Brown Cafe sahaja bukan menunya ..
Lobi Brown Hotel terletak di tingkat 2 di bawah sekali security jaga .. Haha .. Jangan jadi macam Yana semangat nak check in sampai dekat security tu pun Yana ingat dah lobi .. Bengong betul , selamat dia tak gelakkan Yana .. Lift disediakan untuk anda naik ke tingkat atas ..
Sebelum Yana lupa dalam bilik juga ditunjukkan arah kiblat .. Jadi senanglah kita nak solat takda lah kita tercari-cari di mana arah kiblat .. Parking turut disediakan , cuma kawasannya agak terhad ..
Ermm , Yana rasa sampai sini sahajalah Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai pengalaman Yana semasa mengginap di Brown Hotel Penang .. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk maklumat dekat bawah nie :
Website :
Facebook :
Instagram :
Alamat :
No 86 Jalan Perak 10150 Georgetown Penang
No Telefon :
Emel :
Brown Hotel juga merupakan tempat yang best untuk anda OOTD terdapat beberapa tempat di sekitar Brown Hotel yang sesuai untuk anda ber OOTD .. Paling best bergambar dekat Brown Cafe lah sebab dekorasinya sangat cantik dan nampak ala-ala urban gituu .. Gambar dekat bawah merupakan salah satu tempat wajib untuk anda ber OOTD sekiranya anda mengginap di Brown Hotel Penang ..
Yana juga telah sediakan satu video ringkas semasa Yana berada di sana .. Jemput tengok yer .. In shaa allah kalau ada rezeki lagi Yana nak lagi ke Brown Hotel .. Tapi , Yana nak tunggu Brown Cafe dah mula beroperasi dulu , baru worth it Yana nak repeat ..
2 Comments
Ma kasih buat reviewnya Kak, bisa jadi referensi ketika Malaysia sudah bisa dikunjungi lagi nanti. Amin
ReplyDeleteHehehe.. Sama² .. Yaa bisa aja.. Terima kasih juga sudi dibaca reviewnya =)
DeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^