Pengginapan 2 Hari 1 Malam di Mercure Penang Beach Hotel

 Pengginapan 2 Hari 1 Malam di Mercure Penang Beach Hotel

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua ! Okay hari nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana bermalam di Mercure Penang Beach Hotel .. Apa yang menarik mengenai Mercure Penang Beach Hotel nie ia terletak betul-betul di tepi pantai Tanjung Bungah .. Nak tahu dengan lebih lanjut tak ? Jom baca │Pengginapan 2 Hari 1 Malam di Mercure Penang Beach Hotel


Mercure Penang Beach terletak bersebelahan dengan pantai yang agak tenang di Tanjung Bungah yang mengadap Laut Andaman .. Hotel nie terletak lebih kurang 24km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan memerlukan hanya 15 minit untuk ke George Town dan 10 minit untuk ke Batu Feringghi .. Hotel ini sangat sesuai bagi mereka yang nak menerokai Pulau Mutiara yang meriah ini ..



Mercure Penang Beach mempunyai 220 bilik dan suite. Terdiri daripada 205 bilik Superior, 14 suite Superior dan 1 suite eksekutif .. Hotel ini juga menawarkan 21 bilik bersambung dan akses wifi percuma .. Terdapat dua view bilik yang boleh anda pilih iaitu Hill View ataupun Sea View .. Semestinya Sea View yang menjadi pilihan Yana sebab Yana memang seorang yang sangat-sangat cintakan pantai ..




Di Mercure Penang Beach nie juga turut disediakan gimnasium yang lengkap dan outdoor swimming pool di tingkat bawah yang mana mengadap ke laut dan bagi mereka yang ingin menjamu selera Restoran Ombak yang beroperasi sepanjang hari merupakan pilihan yang paling tepat untuk anda menjamu selera.. Anda boleh memilih sama ada hendak menjamu selera di patio sambil menikmati angin laut ataupun di ruang dalam Restoran Ombak yang dilengkapi dengan pendingin hawa .. 












Manakala untuk acara, perjumpaan, majlis perkahwinan atau acara sosial, terdapat 4 bilik pelbagai fungsi. Mutiara Ballroom tanpa tiang di tingkat 6 mempunyai lampu LED berwarna-warni di siling dan tingkap tinggi dengan pemandangan Laut Andaman dan tempat duduk sehingga 532 orang, Pinang Ballroom boleh memuatkan maksimum 375 orang tetamu. Bilik Gabenor di tingkat bawah, mengadap ke kolam renang luaran dan pantai boleh memuatkan sehingga 170 orang tetamu, sementara Ruang Dewan di tingkat 1 sesuai untuk perjumpaan kecil untuk 10 orang perwakilan




Yana juga dimaklumkan bahawa di Mercure Penang Beach Hotel nie mereka turut meraikan beberapa acara bermusim sambutan Hari Raya Aidifitri , Hari Malaysia , Tahun Baru Cina , Chap Go Meh , Penang International Food Festival dan Mid-Autumn Lantern Festival ..

Mercure Penang Beach dibuka Semula dengan Jaminan ALLSAFE

Kini Mercure Penang Beach sudah  siap untuk menerima tetamu setelah mereka dianugerahkan perakuan ALLSAFE berikutan pelaksanaan senarai komprehensif prosedur operasi standard yang tinggi .. Mercure Penang Beach sebenarnya dah mula beroperasi pada 20 Oktober 2020 yang lalu tau baca sampai habis kalau nak tahu promo terkini Mercure Penang Beach ..


ALLSAFE adalah label pensijilan keselamatan dan sanitasi Accor, yang dibuat bersama dengan Biro Veritas dan pihak berkuasa perubatan terkemuka di setiap wilayah untuk memperkuat keyakinan dan kepercayaan dalam perjalanan, yang menjamin bahawa amalan terbaik diikuti di semua hotel untuk melindungi tetamu dan pasukan .. Setiap hotel harus menjalani audit terperinci mengenai semua proses, berdasarkan 16 asas utama ..



Work Life Balance

Lagi satu Yana nak kongsikan dekat sini sekarang di Mercure Penang Beach mereka sedang buat konsep work-from-hotel .. Konsep work-from-hotel nie orang cakap "Best Work Desk Ever" !! Anda boleh menikmati pemandangan laut yang menenangkan , merasai hembusan angin laut dan anda juga boleh mendapat pengalaman merasai servis daripada Mercure yang tiptop .. Apa yang anda oleh dapat dengan pakej work-from-hotel nie ? 
  • Ruang kerja ALLSAFE (10 am-9pm)
  • Set makan tengah hari atau makan malam
  • 10% untuk menu ala carte
  • Free flow kopi/teh , minuman ais
  • Tempat letak kenderaan secara percuma
  • Wifi berkelajuan tinggi secara percuma
  • Penggunaan kolam renang hotel & pusat kecergasan secara percuma 
Berita baik  konsep work-from-hotel juga membolehkan pengunjung untuk memilih untuk bekerja dari dalam bilik superior yang mengadap laut pada harga RM100 sahaja bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang ..




Mercure Penang Beach Wedding Package

Manakala untuk pakej ini pula harga bermula RM1,488.00 / nett untuk dua meja yang mempunyai 10 orang (RM149.00 nett untuk setiap orang) dengan jumlah minima  sebanyak 15 meja / 76 orang .. Maklumat lanjut anda boleh rujuk gambar dekat bawah nie ..



Sekiranya anda  pilih untuk  mengginap di Mercure Penang Beach anda  dah tak perlu risau  nak makan dekat mana sebab Restoran Ombak boleh memberikan anda pelbagai hidangan yang lazat untuk makan tengah hari dan makan malam dengan harga serendah RM28 nett .. Apa yang ada dalam set menu nie ?
  • Pemula - pemilihan salad yang disajikan pada hari terssebut
  • Sup - sup istimewa yang disajikan pada hari tersebut 
  • Pencuci mulut - pencuci  mulut istimewa pada hari  tersebut & teh ais
untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk gambar di bawah 


Okay gambar dekat bawah nie merupakan  beberapa  menu untuk  sarapan pagi dan makan mala semasa Yana berada di sana .. Pada waktu petang selepas  Yana selesai check  in Yana disajikan dengan Sirap Bandung Biji Selasih dengan Ais Krim Vanilla , memang sangat sedap dan refreshing ya ♥




Menu Makan Malam ♥








Menu Sarapan Pagi ♥






Jom Yana nak anda semua tengok bilik yang Yana duduk hari tu ,sangat cantik ya sebab bilik  tu ber  view  kan pemandangan laut .. Tak jemu  Yana tengok  view laut nie .. Yana silap  sebab dulu Yana look down dengan  laut dekat Penang nie.. Rupanya , laut dekat Penang nie boleh tahan cantik  juga ..








Okay dekat bawah nie adalah beberapa kelengkapan yang disediakan di dalam bilik , seperti tuala ,  cerek elektrik , sabun , televisyen , seterika dan beberapa barang yang lain lagi ..






Bilik Suite Eksekutif 










Yana juga diberitahu bahawa SOP yang diamalkan di Mercure Penang Beach nie agak strict antaranya kain yang digunakan untuk mengelap cermin dan beberapa permukaan lain yang sering disentuh adalah tidak sama dan terdapat beberapa lagi SOP lain yang perlu staf-staf Mercure Penang Beach perlu patuhi .. Selain mereka perlu mematuhi SOP yang disarankan oleh kerajaan mereka juga perlu mematuhi SOP hotel mereka  untuk pastikan ALLSAFE bukan sekadar slogan .. Setiap  bilik yang telah di sanitize mereka akan melekatkan label  di pintu ..


Yana rasa  itu sahaja  yang Yana nak kongsikan mengenai pengalaman Yana semasa berada di  Mercure  Penang Beach .. Sekiranya  anda  memerlukan lebih informasi anda boleh rujuk maklumat di  bawah :



Instagram : mercurepenangbeach

No Telefon : +604-3718888

Alamat : 505 Jalan Tanjung Bungah 11200 Tanjong Tokong , Penang , Malaysia


Oh ya ! Sebelum Yana lupa bersempena dengan tarikh 11.11 nanti anda boleh book bilik di Mercure Penang Beach dan beberapa hotel lain di bawah naungan Plenitude Heights dengan harga RM228 dan anda dapat menikmati malam seterusnya dengan PERCUMA dia ala ala buy one free one gituuu .. Promo nie bukan untuk Mercure Penang Beach sahaja juga sah untuk beberapa hotel lain di bawah Plenitude Heights .. Boleh rujuk gambar di bawah ya ..

* memandangkan sekarang kita semua berada dalam tempoh PKPB Mercure Penang beach masih menerima pengunjung yang datang dari daerah yang ssama sahaja dalam erti kata lain bagi mereka yang menetap di kawasan daerah Timur Laut *


Dekat bawah nie Yana ada sediakan satu video ringkas semasa Yana berada di Mercure Penang Beach .. Jemputlah tengok yer ♥


2 Comments

  1. Wahhh bestnya. Tak sabar nak pergi holiday semula. Penang memang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo mai penang, jemputlah mengginap dekat Mercure Beach Penang nie.. Memang berbaloi

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^