Tips Cantik dengan Hanya Menggunakan Bahan-Bahan Semulajadi

 Tips Cantik dengan Hanya Menggunakan Bahan-Bahan Semulajadi

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Okay hari nie Yana terpanggil pulak untuk share beberapa tips kecantikkan untuk anda semua .. Info nie Yana ada baca dari satu buku nie .. Jadi , Yana decided nak share dengan anda semua bagaimana cara untuk cantik dengan selamat .. Jom baca │Tips Cantik dengan Hanya Menggunakan Bahan-Bahan Semulajadi ♥


gambar kredit sumber google

TOMATO ICE CUBE FACIAL MASSAGE


gambar sumber google

Bahan-bahan :

1 atau 2 biji buah tomato
1 gelas susu cair
Bekas ais kiub

Cara-cara :
  1. Kisarkan tomato dan susu 
  2. Masukkan baha-bahan yang dikisar ke dalam bekas ais kiub selama satu malam
  3. Sapukan di seluruh muka seminggu 3 kali untuk hasil yang menakjubkan 
MASKER TIMUN PELEMBAP WAJAH


gambar sumber google


Bahan-bahan :

1 batang timun
Bedak sejuk

Cara-cara :
  1. Kisar timun sehingga hancur
  2. Masukkam bedak sejuk ke dalam timun yang dikisar tadi
  3. Sapu di bahagian wajah muka selama 15-30 minit
  4. Bilas dengan air suam 
MASKER YOGURT KUNYIT UNTUK MASALAH JERAWAT


gambar sumber google

Bahan-bahan :

2 sudu yogurt
1/2 sudu serbuk kunyit

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan
  2. Sapukan di seluruh wajah dan biarkan selama 15-20  minit
  3. Bilas dengan air suam
  4. Amalkan 2-3 kali seminggu untuk hasil yan memuaskan

MASKER BERAS PULUT


gambar sumber google

Bahan-bahan :

Beras pulut
Rose bud
Air mawar

Cara-cara :
  1. Kisar kering beras pulut dan rose bud
  2. Simpan di dalam bekas tertutup 
  3. Ambil satu sudu campuran yang dikisar dengan air mawar
  4. Pakai di sekitar muka dan biarkan sehingga kering
  5. Bilas dengan air suam
Okay itu sahajalah yang Yana nak kongsikan dengan anda semua .. Info nie Yana dapat daripada buku SUZY HONEY .. Yana dapat buku nie masa Yana ada review beberapa produk keluaran Suzy Honey Herbs beberapa tahun lepas .. Semoga informasi nie berguna untuk anda semua .. Bak kata pepatah orang putih " sharing is caring " ♥


0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^