Tips Mudah untuk Kulit Lebih Berseri
Secara Sihat
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua .. Hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua satu tips untuk kulit kita tampak lebih berseri tapi dengan cara yang selamat dan sihat .. Jom baca│Tips Mudah untuk Kulit Lebih Berseri Secara Sihat ♥
Haa , tips untuk kulit kelihatan lebih berseri tapi dengan cara yang sihat bermula dengan penggunaan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature .. Yana dah lebih 3 minggu Yana menggunakan Aqua Whitening Cream nie dan Yana sangat berpuas hati dengan hasilnya .. Aqua Whitening Cream nie sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak , kulit jenis kombinasi , kulit kering ,kulit sensitif dan berjerawat , bagi mereka yang mempunyai masalah sunburn , kulit berkedut last but not least bagi mereka yang mempunyai masalah tona kulit tidak sekata ..
Macam Mana Nak Guna Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature nie ?
Ala mudah saja cara nak gunakan Aqua Whitening Cream nie , setelah anda selesai membersihkan wajah anda .. Ambil Aqua Whitening Cream sapukan ke wajah dan leher anda .. Urut dengan lembut sehingga muncul titisan air di wajah anda selepas beberapa saat anda urut wajah anda .. Kemudian , tepuk perlahan-lahan kulit anda sehingga Aqua Whitening Cream dapat diserap sepenuhnya ke dalam kulit ..
Gambar dekat bawah nie Yana akan terangkan satu persatu step yang Yana buat semasa nak apply Aqua Whitening Cream nie dekat muka Yana
Okay nie tekstur Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature .. Teksturnya ringan dan tidak melekit tau ..
Kemudian , Yana letakkan atas tangan Yana untuk anda nampak dengan lebih jelas tekstur Aqua Whitening Cream nie ..
Bila Yana sapu atas tangan Yana dia jadi macam nie .. Nampak macam krim pelembap yang biasa kan ? Tunggu sekejap ..
Apakah Tekstur Aqua Whitening Cream ?
Tekstur Aqua Whitening Cream daripada Hansagee Nature adalah water based sangat-sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak , kulit jenis kombinasi dan kulit kering sebab ia akan membuatkan kulit anda nampak glowing tanpa melekit dan berminyak .. Pendek kata , dia nampak glowing secara sihat gituu ..
Apakah Fungsi Aqua Whitening Cream ?
Okay kalau anda semua nak tahu terdapat beberapa fungsi Aqua Whitening Cream iaitu :
- Melembapkan & Memutihkan & Menjaga Kulit yang Berfungsi
- Mengawal sebum & minyak berlebihan pada kulit
- Membaiki kulit yang kemerahan dan terbakar matahari
Bahan-Bahan yang Digunakan dalam Aqua Whitening Cream
(gambar sumber : website Hansaegee Nature)
Bahan-Bahan Utama dalam Menghasilkan Aqua Whitening Cream adalah :
Niacinamide, Ekstrak Akar Angelica Acutiloba, Minyak Benih Camellia Japonica, Ekstrak Akar Cnidium Officinale, Ekstrak Buah Gardenia Florida, Ekstrak Akar Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rootan dan Chinensis
Kebaikkan Niacinamide untuk kulit ialah :
- Menjaga kelembapan kulit
- Memperbaiki kulit yang rosak
- Mengawal kulit berminyak
- Mencerahkan tona kulit
Water Drop Moisturizer
Kesan penghidratan ajaib. Titisan air memberi kelembapan pada kulit & rasa tidak melekit.
Menyegarkan kulit - Kulit anda terasa sejuk & lembut. Selepas Aqua Whitening Cream ini disapukan pada kulit selepas beberapa saat akan muncul water drop yang akan memberi kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari ... Selain itu , ia juga dapat mengawal minyak yang berlebihan di bahagian wajah ..
Review daripada Yana Selepas Beberapa Minggu Menggunakkan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature
Sejujurnya , Yana sudah mula jatuh cinta dengan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature nie .. Selepas Yana menggunakannya kulit Yana rasa lebih lembut , segar dan kurang berminyak .. Setiap kali Yana make up dia akan buat make up Yana tahan lebih lama berbanding sebelum Yana menggunakan Aqua Whitening Cream nie .. Teksturnya yang ringan dan water based membuatkan kulit Yana tidak melekit setiap kali selepas Yana memakainya ..Yana sangat syorkan Aqua Whitening Cream nie kepada anda semua yang mempunyai masalah kulit seperti yang Yana nyatakan di atas .. Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai Aqua Whitening Cream daripada Hansagee Nature ..
Sekiranya anda berminat nak buat pembelian anda boleh KLIK SINI .. Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Aqua Whitening Cream atau produk-produk lain daripada Hansaegee Nature anda boleh rujuk maklumat di bawah :
Brand : Hansaegee Nature
Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook Page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Jom tengok video yang Yana sediakan macam mana cara Yana menggunakan Aqua Whitening Cream
3 Comments
ramai gak guna hansaegee ni ...bagus nampaknya...
ReplyDeleteSuka pakai krim hansaegee ni. Bau dia best kan
ReplyDeleteHai kak Lyana. Makin cantik la pakai produk ni kan
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^