Pengalaman Glamping 2 Hari 1 Malam di Boulder Valley Glamping Penang
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haii semua ! Okay entri Yana pada kali nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana semasa mengginap di Boulder Valley Glamping yang terletak di Telok Bahang Penang .. Nak tahu best ke tidak ber "glamping" dekat sini ? Jom baca | Pengalaman Glamping 2 Hari 1 Malam di Boulder Valley Glamping , Penang ♥
Bagi anda yang belum mengenali Yana lagi , meh sini Yana nak bagitau serba sedikit mengenai Yana .. Yana nie sejenis orang yang tak reti duduk diam dan jarang nak duduk rumah .. Setiap weekend or sekiranya ada public holiday ada saja Yana dengan kawan Yana plan untuk ke mana-mana .. Mostly , kami just jalan-jalan dalam Malaysia sahaja .. Tempat yang ala-ala back to nature ataupun ada pantai sering menjadi pilihan kami berdua lah .. Memandangkan sekarang Pulau Pinang dalam tempoh PKPB dan kami tak boleh nak merentas negeri kami bercadang untuk jalan-jalan dalam Pulau Pinang sahaja .. Boulder Valley Glamping adalah destinasi yang menjadi pilihan kami berdua ..
Staycation kami berdua pada kali nie lebih kepada birthday trip untuk diri masing-masing.. Boulder Valley Glamping menjadi pilihan kami berdua kerana ia terletak betul-betul di kawasan yang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yang menghijau .. Tempat nie memang sangat menenangkan bagi mereka yang cintakan alam semulajadi ..
Boulder Valley terletak di Telok Bahang ,untuk sampai ke sini perjalanan boleh tahan jauh la jugak tambahan jalan pula berliku-liku .. Orang Penang mesti dah sedia maklum dah jalan dekat Telok Bahang nie macam mana kan ? Yana nak bagitau siap-siap dekat Boulder Valley Glamping memang tak ada kedai apa apa pun paling dekat kedai pun maybe dekat Kampung Sungai Rusa tu pun tak dekat lah jauh tu .. Yana nasihatkan anda bawa bekalan sendiri takpun anda boleh makan dekat restoran yang ada dekat sini dan dibuka sampai pukul 10 malam .. Menu yang disediakan pun agak menarik dan harga berpatutanlah bagi Yana ..
Kami berdua sampai di Boulder Valley Glamping lebih kurang pada pukul 4 petang .. Agak lewat kami check in sebab pada awalnya Yana ada hal lain yang perlu diselesaikan .. Lagi satu Yana nak bagitau nak masuk ke dalam kawasan Boulder Valley Glamping pun boleh tahan jauh yer kawasannya berbukit .. Receptionist ada dekat bawah sana .. Hehe .. Selepas selesai park kereta staf Boulder Valley Glamping datang ke arah kami dengan buggy untuk pick up barang-barang kami untuk dibawa ke bilik .. Semasa urusan check in kami diberi welcoming drink juga .. Deposit yang dikenakan sebanyak RM100 ,jangan risau nanti lepas check out boleh dapat balik duit tu ..
Selepas semuanya selesai kami dibawa ke bilik kami berdua dengan menaiki buggy barang-barang memang dihantar sampai ke pintu bilik yer .. Bagus betul lah staf-staf dekat sini .. Bilik yang menjadi pilihan kami berdua ialah Tented Villa .. Bilik memang besar dan sangat selesa paling best bilik kami depan swimming pool tapi kami tak sempat pun terjun sebab agak crowded swimming pool tu .. Okay dekat bawah nie Yana tunjuk sikit ya gambar dalam bilik yang Yana snap semasa Yana ada dekat Boulder Valley Glamping ..
Tak lama selepas kami duduk dalam bilik tiba-tiba kami didatangi staf perempuan Boulder Valley Glamping dengan sepinggan buah-buahan .. Omggg ! Serius aaa ? Dah rasa macam VVIP guest pun ada nie .. Staf dekat sini memang betul-betul meraikan tetamu mereka everytime terjumpa dekat mana-mana mesti mereka akan greet kami ..
Selepas selesai solat Asar kami dibawa ronda-ronda di kawasan Boulder Valley Glamping dengan menaiki buggy .. Kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis tumbuhan dan herba yang terdapat di sini .. Selain itu , kami juga turut dibawa melawat beberapa fasiliti yang terdapat di sini .. Ada spa , Glasshouse sesuai untuk mereka yang nak adakan event ataupun meeting and ada lagi satu tu sesuai untuk buat birthday party tapi Yana lupalah apa nama dia ..
Okay Yana nak bagitau nie , tempat nie sesuai sangat bagi anda yang suka bergambar dan suka fotografi .. Banyak jugaklah port-port best untuk bergambar dan untuk anda snap gambar moment dekat sini .. Boleh tengok gambar-gambar Yana dekat bawah nie yer ..
Okay aktiviti pada waktu takda apa sangat buat just pergi makan malam .. Kami dihidangkan dengan hidangan set barbeque pada malam tu .. Agak meriah ya set barbeque nie , ada salad , set grilled (kambing bakar , ayam bakar & sayur-sayuran) kemudian kami turut dihidangkan dengan nasi goreng udang dan buah-buahan .. Manakala untuk minuman jus orange dan carrot menjadi pilihan .. Sejujurnya , makanan dekat Boulder Valley Glamping nie agak nice la sesuai sangat bagi mereka yang menjaga kesihatan menu yang Yana dapat untuk makan malam boleh dikatakan semua menu sihat-sihat belaka .. Rasa makanan tu just light-light tak terlalu pedas , tak terlalu masin yang mana Yana rasa sesuai untuk semua peringkat umur ..
Oh ya , sebelum Yana lupa sebenarnya pada waktu malam di Boulder Valley Glamping mereka ada aktiviti jungle night walk tapi Yana pilih untuk berehat di bilik memandangkan trip Yana pada kali nie lebih kepada nak merehatkan diri .. Kebetulan pula , pada malam tu hujan agak lebat memang nasib baik betul lah kami tak rasa nak buat jungle night walk tu ..
Keesokkan paginya , kami plan nak terjun pool lah tapi sayangnya pool dibuka pada jam 9.00 pagi which is clash dengan waktu nak breakfast .. Hm , agak ralat jugak lah sebab pool tu sentiasa full dengan pengunjung lain kan best kalau pool tu besar sikit sebab view dekat pool agak cantik bagi Yana .. Ralat lah kan sebab bilik memang betul-betul depan pool tapi tak berpeluang nak masuk walaupun hanya untuk sekadar merendam kaki .. Hehehe ..
Bagi Yana keadaan bilik sangat-sangat selesa .. Walaupun terletak dalam kawasan hutan dalam bilik memang takda nyamuk langsung but once kita keluar dari bilik bersiap sedialah dengan nyamuk tapi jangan risau anda akan diberi spray untuk halau nyamuk semasa nak check in tu so boleh lah guna spray tu untuk halau nyamuk ..
Selepas selesai sarapan , kami berdua siap-siap untuk checkout .. Waktu checkout adalah pukul 12.00 dan paling lambat sampai 12.30 kot kalau tak salah Yana .. Yana memand suka sangat dengan Boulder Valley Glamping nie selain tempatnya cantik ia juga menenangkan sebab dikelilingi dengan tumbuhan yang menghijau sesuai sangat bagi mereka yang sukakan alam semula jadi dan bagi mereka yang nak tenangkan fikiran selepas penat dengan urusan kerja harian ..
Harga Tented Villa masa Yana booked dengan booking.com adalah RM367.00/night termasuk dengan sarapan pagi .. Makan malam anda boleh pilih sama ada nak makan di restoran mahupun bilik .. Yana semestinya pilih makan dekat restoran sebab suasana dekat restoran agak cantik pada waktu malam .. Okay , itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai pengalaman Yana semasa bercuti di Boulder Valley Glamping , Penang .. Sekarang dekat Boulder Valley Glamping mereka sedang mengadakan buffet Ramadan bersempena dengan bulan puasa nie .. Terdapat dua pilihan sama ada anda nak dine in ataupun take away .. Harga untuk dine bagi dewasa hanya RM68/pax untuk kanak-kanak dan warga emas hanya RM48/pax .. Manakala bagi mereka yang take away terdapat pilihan menu Menu A berharga serendah RM18/px dan Menu B pula harga serendah RM25/pax untuk take away anda dikehendaki pre-order ya ..
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk maklumat dekat bawah nie ya :
Website : https://bouldervalleyglamping.com.my/
Facebook : Boulder Valley Glamping
Instagram : bouldervalleyglampingpenang
No Telefon : 019-9778995
0 Comments
Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^