Variasikan Hidangan Minuman Berbuka dan Bersahur dengan Minuman F&N Life

Variasikan Hidangan Minuman Berbuka dan Bersahur dengan Minuman F&N

ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤️

Haiii semua ! Okay baru-baru nie Yana ada kongsikan pengalaman Yana order minuman berkarbonat F&N dengan hanya menggunakan aplikasi F&N Life .. Jadi , hari nie Yana nak kongsikan beberapa resepi yang Yana hasilkan sebagai hidangan untuk menu berbuka dan bersahur .. Jom baca | Variasikan Hidangan Minuman Berbuka dan Bersahur dengan Minuman F&N Life ❤️

Okay dalam BB Raya Bundle yang Yana beli haritu ada 3 botol air Bandung , 3 Fruitade , 3 Ice Cream Soda dan 3 100 Plus Blackcurrant .. Hm , apa eh Yana nak buat dengan kesemua minuman tu ? 

Bandung 


Yana putuskan untuk buat Bandung Laici .. Caranya sangat mudah .. Anda hanya perlukan 1 botol Bandung F&N .. Setengah tin susu cair F&N , laici dan ais secukupnya .. Hasilnya boleh tengok gambar dekat bawah nie .. Ala buah laici tak nampak pula dalam gambar nie ..

Fruitade 


Apa eh yang Yana nak buat dengan Fruitade F&N nie ? Puas Yana google resepi nak buat apa dengan Fruitade nie akhirnya Yana discover apa kata Yana buat minuman float saja dengan Fruitade .. Bahan-bahan sangat simple .. Anda perlukan minuman F&N Fruitade tak perlu guna sampai satu botol just tuang setengah gelas , masukkan ais ketul secukupnya dan akhir sekali masukkan ais krim vanilla sebagai topping .. Fruitade Float siap dan sedia untuk diminum ! 

Ice Cream Soda 


Resepi untuk Ice Cream Soda Yana rasa yang paling simple Yana nak buat macam minuman viral herbs tu ala yang letak lemon , serai dan asam boi tu .. Bahan-bahan yang anda perlukan .... Eh tu Yana dah bagitau .. Cara dia masukkan setengah jar Ice Cream Soda F&N , daun pudina , asam boi , lemon dan ais secukupnya dah siap .. Hasil boleh tengok gambar dekat atas yer ..

100 Plus Blackcurrant


Well , untuk 100 Plus nie Yana prefer minum macam tu saja tak perlu nak olah hahaha ! Tapi , kalau anda rasa nak bagi ada seri sikit letaklah laici seketul dua .. Yana akan minum 100 Plus selepas selasai makan sahur supaya Yana kekal bertenaga sepanjang hari kalau anda nak tahu Yana kalau nak pergi hiking sebelum Yana akan pastikan Yana bawa minuman 100 Plus supaya Yana tak pancit nanti ..

Sebelum Yana lupa dengan setiap pembelian BB Raya Bundle dengan aplikasi F&N Life anda juga akan dapat sampul duit raya yang cantik nie secara PERCUMA ! 


Yana rasa itu sahaja resepi-resepi yang Yana hasilkan dengan menggunakan minuman F&N yang Yana beli baru-baru nie dengan menggunakan aplikasi F&N Life .. Memandangkan kita tak boleh pulang ke kampung halaman dek kerana virus Covid 19 nie belum lagi nampak ke mana penghujungnya apa kata anda kirimkan barangan F&N nie kepada keluarga di kampung tanda ingatan tak pernah padam walaupun jarak memisahkan anda dengan keluarga di kampung ..

Setakat sini sahajalah entri Yana pada kali nie .. Selamat menjalani ibadah puasa Yana ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat.. Semoga Ramadan pada kali nie memberikan 1001 kebaikkan kepada kita semua ❤️

Maklumat lanjut boleh rujuk :


Facebook : F&N Life

Instagram : fn.life


1 Comments

  1. wow ada F&N Bandung LE la kena cari ni.. not a fan sngt carbonated drink tapi my top fav adalah 100Plus.. hehe..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^