Raya PKP 2021
ASSLAMMUALAIKUM WBT ♥
Haiii semua ! Hari nie 21 Mei 2021 bersamaan dengan 10 Syawal . Bagaimana syawal hangpa semua ? Okay ? Hm , kalau tanya Yana Syawal tahun nie lah yang paling suram . Jom baca │Raya PKP 2021 ♥
Okay untuk entri Yana pada kali nie izinkan Yana menulis dengan lebih santai Yana gunakan kata ganti diri "hangpa" refer to anda , awak , korang dan kata ganti diri yang sewaktu dengannya . Lidah Yana nie keras sikit , agak sukar untuk Yana train lidah nie untuk reti blend dengan dialek KL . Tak kisah lah kan , janji hangpa faham apa yang Yana nak cerita .
Yana mulakan entri Yana nie dengan soalan baju raya hangpa warna apa ? Yana merah jambu which is my favourite color . Sebenarnya baju tu kalau hangpa nak tau Yana beli sehari sebelum raya kalau tak silap . Yela , dah tak boleh rentas daerah satu hal nak menziarahi sanak-saudara pun tak boleh . Alhamdulillah , untuk SOP pada kali nie Yana patuh pada arahan .
Pada awal Ramadhan hari tu Yana dah plan macam-macam tau untuk raya pada kali nie . Kuih raya pun Yana dah atur berapa jenis nak ada yela orang nak mengunjungi kita di hari raya haruslah kita sajikan dengan pelbagai hidangan tu menurut pendapat Yana lah . Yana main kutu kuih raya dah dapat 5 jenis , campur beli dengan kawan ada lah dalam another 7-8 jenis hangpa tak rasa meriah ? Alih-alih last minute diumumkan PKP , itu tak boleh ini tak boleh . Yana akur sebab semua nie demi kebaikkan kita bersama .
Yana ingat lagi raya-raya sebelum kita dilanda virus Covid 19 nie Yana selalu yang cakap yang raya sekarang nie tak best macam dulu masa Yana kecil-kecil dulu masa arwah wan dan pah masih ada . Sekarang disebabkan rasa tak bersyukur tu dah ditarik segala nikmat beraya seperti sebelum nie .
Berbalik dengan tajuk entri Yana Raya PKP 2021 , 1 Syawal Yana memang sangat hambar Yana banyak habiskan masa dengan layan cerita Rindu Awak Separuh Nyawa sebab Yana marathon dari episod 1 sampai latest episod masa raya pertama tu lah .
Baju raya yang Yana beli tu pun Yana takda mood nak pakai . Tak silap Yana raya kedua baru Yana pakai tu pun sebab Yana nak OOTD . Yana gagahkan juga nak bersiap masa tu sebab fikir "kalau aku tak pakai nie means tahun nie aku takda gambar raya lah" . Dah bersiap tercari-cari pula nak OOTD dekat mana sebab Yana selalu OOTD mesti cari pantai jer .
Nak dijadikan cerita Yana teringat tempat yang Yana selalu stop setiap kali Yana brisk walk tu boleh tahan cun juga . Yana pun ajak adik Yana bawak Yana ke sana dan dia jugalah yang merangkap jurugambar Yana pada hari tersebut . Salah satu hasilnya macam gambar di atas lah .
Well , Yana rasa tu sajalah kot yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai Raya PKP 2021 Yana . Hangpa punya raya macam mana ? Jom lah kita patuhi SOP yang telah ditetapkan . Yana nak tanya hangpa nak berkorban sekarang dan peroleh kemenangan nanti ataupun hangpa nak selama-lamanya hidup dengan virus Covid nie ? Yana takmau wei , banyak plan Yana yang tergendala sebab virus nie .
Akhir kata daripada Yana Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin . Maafkan keterlanjuran Yana berbicara ataupun menulis . Yana hanyalah manusia biasa yang tak boleh lari daripada membuat kesilapan . Harap sudilah maafkan segala salah silap Yana sepanjang tempoh perkenalan kita . Ingat tau kita masih belum menang . jadi #KITAJAGAKITA ♥
2 Comments
Salam syawal
ReplyDeleteSalam syawal. Fatin tak sambut raya pun tahun ni, sebab bersalin dalam bulan puasa. Ikutkan due date, 20 Mei, tapi baby nak keluar awal :) Sekarang pun masih lagi dalam pantang :D
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^