Rumah Kacha Cafe Makanan Western Halal dan Sedap di Penang

Rumah Kacha Cafe Makanan Western Halal dan Sedap di Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua ! Memandangkan hari nie Yana cuti dan Yana pun tak ada apa-apa aktiviti sangat yang Yana nak buat jadi tadi Yana korek-korek gambar lama Yana sebelum kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 . Yana terjumpa gambar masa Yana makan dekat Rumah Kacha dengan kawan Yana . Jom baca │Rumah Kacha Cafe Makanan Western Halal dan Sedap di Penang ♥


Hm , mungkin ada juga yang belum tahu dekat mana terletaknya Rumah Kacha nie . Rumah Kacha terletak dalam Hin Bus Depot , Yana yakin Hin Bus Depot nie bukan satu nama yang asing bagi mereka yang tinggal di Pulau Pinang . Sekiranya anda semua nak tahu , setiap hari kalau tak silap Yana ada Flea Market dibuka sampai petang . Sejak PKP nie mungkin mereka telah berhenti beroperasi buat sementara waktu .

Okay , back to our main topic Rumah Kacha . Gambar dekat atas tu merupakan ruangan luar Rumah Kacha reka bentuk sangat cantik dan eksklusif bagi Yana sesuai sangat bagi mereka yang suka cafe hunting dan ber OOTD pada masa yang sama .


Okay macam nie lah rupa dekat dalam Hin Bus Depot ada beberapa spot yang sering menjadi tumpuan warga Penang dan pelancong lain untuk OOTD dekat sini . Nak lebih senang Yana selalu akan membuat carian menerusi hashtag dekat instagram contoh #hinbusdepot maka akan muncul lah beberapa gambar OOTD mereka yang telah datang ke sini .

Sebenarnya Yana dah dua kali kalau tak silap ke Rumah Kacha nie pertama kali Yana datang dengan bekas colleague Yana masa tu kami just snacking menu pilihan kami ialah Hot Chicken Wings dan minuman yang menjadi piilihan Yana Ice Peach Tea .


Kepak ayam nie tak ada lah terlalu kecil saiz just nice bagi Yana terdapat 5 ketul dalam set nie dihidangkan dengan sos cili home made Yana tak sure lah sos cili or  what sebab Yana makan nie pun dah lama sampai Yana hilang ingatan sudah nie sos apa yang pasti bukan sos tomato lah . Rasa kepak ayam tu walaupun tanpa sos pun dah cukup sedap tambahan pula makan masa panas-panas memang awesome ! 

Ice Peach Tea tu sangat refreshing dan buah peach dalam tu rasa macam fresh juga . Yana punya favourite teh memang Peach Tea kalau Yana ke mana-mana cafe yang ada Peach Tea memang Yana akan order minuman nie unless lah masa tu mood Yana nak try minuman lain baru Yana akan order minuman lain .


Pada kunjungan buat kali kedua di  Rumah Kacha Yana dan kawan Yana telah memilih menu di atas . Padahal niat kami ke sini pada masa tu nak cuba Sticky-Thai Glazed Chicken Wings . Tapi , hajat kami berdua tidak kesampaian sebab menu tu dah sold-out so another choice kami pilih Grilled Cheese Toasted dan Grilled Chicken Salad . Manakala minuman Strawberry Fizz bagi Yana dan Orange Juice kawan Yana punya .




Minuman tak ada apa sangat yang Yana nak ulaskan . Haha ! Just Strawberry Fizz tu tak kena dengan tekak Yana , Yana prefer minum Ice Peach Tea lagi manakala Orang Juice standard Orange Juice lah rasa dia .


Grilled Chicken Salad nie memang meriah dengan sayur-sayuran ya . Bahagian ayam pun Yana rasa chicken breast sahaja ada dalam hidangan nie . Memang salah satu hidangan yang sihat dan sedap bagi Yana sebab Yana memang suka makan salad . So , untuk hidangan nie Yana bagi 4 bintang out of  5 sebab bagi 5 bintang nanti nampak macam perfect sangat pula .


Grilled Cheese Toasted nie sejujurnya bagi Yana rasa dia biasa saja . Tapi bolehlah sekali sekala teringin nak makan Yana akan repeat hidangan nie . Erm , untuk hidangan nie Yana bagi 3 bintang out of 5 . 

Okay , Yana rasa itu saja yang Yana nak kongsikan mengenai Rumah Kacha semua hidangan dekat sini adalah HALAL . Owner orang Melayu . So , anda boleh dine-in or take away makanan dekat sini tanpa was-was . 

Jika ditanya Yana nak lagi tak repeat makan dekat Rumah Kacha the answer is big YES ! Yana nak cuba banyak lagi menu dekat sana , Yana nak try mereka punya pasta , Sticky-Thai Glazed Chicken Wing juga . Makanan dekat sini boleh dikatakan 100% western . Bagi mereka yang nak cari makanan western HALAL dekat Penang Yana highly recommended anda cuba makan dekat Rumah Kacha .

untuk info lanjut anda boleh rujuk :

Facebook : Rumah Kacha

Instagram : rumahkacha

Alamat : Hin Bus Depot ,31a Jalan Gurdwara 10300 George Town Penang , Malaysia

No Telefon : 014-2485334


0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^