Sambal Pedas Berdesing Tiga Budak Gemok , Bayan Lepas Penang Memang Padu
ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤️
Haiii semua ! Cuti-cuti nie since tak boleh nak ke mana pun tiba-tiba beberapa perkara yang Yana buat sebelum bulan Ramadan dan sebelum kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Teringat pula Yana akan sambal pedas berdesing di Tiga Budak Gemok Bayan Lepas Penang . Jom baca|Sambal Pedas Berdesing Tiga Budak Gemok , Bayan Lepas Penang Memang Padu ❤️
Tiga Budak Gemok cawangan Bayan Lepas nie terletak betul-betul depan shopping mall quite terkenal dekat Penang iaitu Queens Bay Mall . Jalan kaki dari mall pun boleh sampai ke Tiga Budak Gemok nie yela Penang nie terkenal dengan susah nak cari parking so Yana dengan kawan Yana decide nak jalan kaki saja ke Tiga Budak Gemok tu .
Yana sebenarnya dah lama teringin nak makan dekat sini sebab sebelum-sebelum nie Yana tengok banyak orang KL selalu lepak makan dekat sini nampak macam sedap jer menu dia teringin Yana nak try .
Sebab tu bila Tiga Budak Gemok nie dah "mendarat" dekat Penang , Yana takmau lepaskan peluang yang dah lama Yana tunggu nie .
Yana difahamkan antara signature menu dekat sini adalah ayam masak kicap dan daging masak kicap dia . Yana pun order kedua-dua set tu sebab Yana nak rasa kedua-dua menu sekali . Takdalah Yana makan semua Yana tukar-tukar lah dengan kawan Yana tu . Selain itu , kami order juga masak lemak siput sedut . Masak lemak tu memang favourite Yana tapi siput sedut tu Yana jarang pula makan .
Menu dekat atas nie Ayam Masak Kicap + Telur . Seperti mana yang anda nampak dalam set nie ada hirisan timun , telur mata , tempe , ayam masak kicap dan semestinya sambal pedas berdesing yang menjadi signature dekat sini .
Ini merupakan pertama kali ya Yana makan sambal pedas macam nie dia pedas tapi sedap buat kita nak lagi dan lagi . Yana nasihatkan buat mereka yang tak tahan pedas macam Yana order minuman dua gelas siap-siap dan elakkan ambil minuman yang bersusu kalau takmau rasa muak .
Well , untuk hidangan nie Yana bagi 4 bintang out of 5 ❤️
Seterusnya adalah set Daging Masak Kicap + Telur . Sama juga dihidangkan dengan dua ketul tempe , hirisan timun , telur mata ,daging masak kicap dan semestinya sambal pedas berdesing . Rasanya kedua-dua menu nie bagi Yana macam lebih kurang sama saja cuma bila makan lauk daging nie kurang sikit muak dia . Ayam yang Yana dapat tu bahagian dada besar jugalah bahagian yang Yana dapat tu .
Rasa masak lemak cili api siput sedut nie sedap sebenarnya cuma hari kejadian tu cuaca sangat panas makanan pun agak pedas Yana makan tak habis sebab Yana kenyang dengan air .
Last but not least , Mango Shake .. Yana suka pula dengan minuman cuma Yana advice better jangan minum sambil makan nasi tu takut muak . Tu bagi Yana lah orang lain Yana tak sure . Heheh .
Okay lah , Yana rasa tu sajalah yang Yana nak kongsikan dekat sini . Tiga Budak Gemok nie Yana highly recommended sangat untuk anda yang suka makan pedas-pedas cuba makan dekat sini . Overall , menu makanan dekat sini memang kena dengan tekak Yana eventho pedas sikit . In shaa allah kalau ada rezeki Yana singgah lagi ❤️
2 Comments
owh, dekt je dgn QB, boley singgh ni, tpi emmm pkp...
ReplyDeleteyaa dekat sangat lepas shopping boleh pi makan dekat situ . Heheh .. Aah tulah PKP lani apa pun tak boleh huhuh
DeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^