Hiking di Bukit Gertak Sanggul , Bayan Lepas , Pulau Pinang
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haiii ! Erm , memandangkan baru-baru nie Yana berkesempatan untuk melakukan aktiviti kegemaran Yana semula . Jadi , Yana bercadang nak kongsikan pengalaman Yana tu dekat sini . Jom baca │Hiking di Bukit Gertak Sanggul , Bayan Lepas , Pulau Pinang ♥
Okay , nak dijadikan cerita Yana dah lama lengkap divaksin just tunggu partner in crime Yana untuk lengkap divaksin juga maka pada Hari Malaysia yang lepas Yana berkesempatan untuk mula hiking macam yang sebelum nie hampir setiap minggu Yana buat .
Pada awal tu , Yana dan kawan Yana ada beberapa tempat nak dituju dan kami lebih memilih tempat yang santai-santai sahaja dan tidak terlalu adventure memandangkan ini pertama kali kami berdua mula hiking selepas sekian lama kami "direhatkan" disebabkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan kita .
Walaupun memang dari awal aktiviti hiking dibenarkan akan tetapi Yana tak boleh nak rentas daerah kerana Yana belum lengkap divaksin pada ketika itu . Tambahan pula , di tempat Yana tinggal takdak kawasan yang sesuai untuk hiking most of tempat hiking yang Yana suka terletak di sebelah pulau . Yana pula tinggal di tanah besar (mainland) .
Kami berdua plan kononnya nak gerak dari rumah masing-masing pada jam 7 pagi tapi kita hanya mampu merancang yang tentukan bukan kita . Hahaha ! Alasan sangat tau . Nak dijadikan cerita Yana tak sedar alarm bunyi dan terlajak tidur sedar-sedar jam dah pukul 6.57 pagi kelam kabut Yana bangun siap-siap apa yang patut .
Perjalanan dari seberang ke Gertak Sanggul mengambil masa lebih kurang 45 minit macam tu . Pagi-pagi memang tak sesak ataupun memang kawasan tu bukanlah kawasan yang sesak . Haha ! Yana nasihatkan sebelum anda memasuki kawasan Gertak Sanggul silalah buat preparation yang sempurna pastikan minyak kereta cukup makanan dan minuman dah beli awal-awal tu sebab macam susah juga nak jumpa stesen minyak dekat kawasan berdekatan tu .
Sebelum Yana dan kawan nak hiking dekat Bukit Gertak Sanggul nie kami terlebih dahulu membuat beberapa research mengenai tempat nie memandangkan ini kali pertama kami ke sini . Yana banyak merujuk di page Hiking Trail dekat Penang di Facebook selain itu Yana juga buat carian di Google dan juga Youtube . Alhamdulillah , dekat page Facebook tu ramai juga orang tempatan yang membantu . Katanya trek sangat clear dan terdapat anak panah penunjuk arah di sepanjang jalan kebarangkalian untuk sesat 0% hehe .
Okay , untuk mereka yang tak tahu entrance untuk hiking di Bukit Gertak Sanggul bermula di bus stop yang ada dekat Gertak Sanggul tu . Lupa pula Yana nak snap gambar bus stop tu . Anda boleh park kereta berdekatan dengan bus stop tu .
Trek untuk ke Bukit Gertak Sanggul mula dekat kawasan homestay ada signboard dekat situ dan homestay dan cafe tu berwarna merah kalau tak silap Yana . Jalan memang clear tak banyak junction semua terus dan terus sahaja . Jalan just mendatar dan ada sesekali jalan agak menaik sedikit . Sepanjang perjalanan anda akan nampak dusun durian , buah pala , cempedak dan berbagai-bagai lagi .
Sama seperti mana-mana trek lain di Penang dekat sini anda akan jumpa beberapa ekor anjing yang memang tinggal dekat kawasan nie tapi jangan risau sebab so far anjing-anjing tu tak akan ganggu kita selagi mereka tak diganggu . Satu tips Yana nak share for those yang taktau . Bila nampak anjing , kita jangan lari , jangan bertentangan mata dengan anjing tersebut jalan buat taktau saja . In shaa allah mereka takkan kejar kita pun . TAPIIIIIII ! Kalau anjing tu jenis anjing penjaga Yana tak study lagi macam mana nak handle tapi kan Yana nasihatkan better anda slow-slow patah balik jangan lari takpun if ada orang cina or orang local yang berdekatan anda boleh minta bantuan mereka .
Perjalanan kami masa tu smooth sahaja sambil jalan-jalan menikmati keindahan alam semulajadi kami sesekali berhenti untuk ambil gambar sebagai kenangan kami pernah ke situ . View laut turut "disajikan" sepanjang perjalanan kami ke Bukit Gertak Sanggul . Sesekali kami disapa oleh geng-geng hiking dari group lain dan beberapa orang penunggang basikal . You're not alone bila hiking nie sebab walaupun orang tu tak kenal mereka semestinya mereka akan greet kita tak kisah apa bangsa dan agama sekalipun ini part paling best ketika hiking .
Masa yang diambil untuk kami berdua sampai ke landmark Bukit Gertak Sanggul lebih kurang sejam . Ada sebiji batu besar dekat situ yang menjadi port untuk bergambar . Berlatar belakangkan pokok , laut dan langit yang biru memang sangat cantik itu tak dapat dinafikan .
Disebabkan masa kami sampai tu ada agak ramai orang menunggu giliran untuk bergambar dekat batu tu maka kami decide untuk jalan sikit lagi ke dalam setakat yang kami mampu . Well , dalam perjalanan tu ada beberapa port yang boleh tahan cantiklah untuk OOTD cara hiking nie . Masa dalam perjalanan kami terserempak dengan sepasang couple cina yang dalam linkungan usia emas jugalah . Yana ringankan mulut bertanya ke mana destinasi mereka . Mereka cakap mereka berjalan setakat mereka mampu . Ehh , lupa pula Yana nak mention sebenarnya trek Gertak Sanggul nie boleh sampai ke Pulau Betong . Kami berdua ikut pasangan tu and ada satu point tu mereka berhenti dan cakap sampai sini saja mereka mampu .
Kami diberitahu dari tempat kami stop tu hanya dalam lebih kurang 15 minit untuk kami sampai ke Pulau Betong . Trek untuk ke Pulau Betong agak curam which means masa nak balik nanti kami akan kena mendaki jalan yang agak boleh tahan tinggi dia dan akan banyak menggunakan tenaga . So , kami decide untuk tidak meneruskan perjalanan ke Pulau Betong dan berpatah balik ke tempat yang ada batu besar untuk bergambar tu . Eh , boleh tahan jauh yer . Masa tu Yana dah mula rasa penat dan sakit kaki dengan masa tu Yana tengah heavy flow lagi memang sangat-sangat tak selesa dan berharap cepatlah Yana sampai dan nak cari toilet untuk Yana bersihkan diri .
Disebabkan Yana nak cepat sampai langkah Yana semakin laju jugaklah sakit dan penat Yana letak tepi dulu Yana punya aim masa tu "aku nak cepat sampai , nak pi tandas" . Masa sampai dekat batu tu lebih kurang pukul 12 tengah hari memang matahari daah atas kepala masa tu panas gila . Cepat-cepat kami snap gambar sebagai kenangan dan teruskan perjalanan ke kereta . Yana rasa masa sampai dekat kereta tu dah pukul 1 tengah hari , eh tengah hari ke petang eh ? Haha ! Lega gilaaa rasa masa dah sampai tu .
Total masa yang kami ambil lebih kurang 4 jam kot untuk turun naik takpun 4 jam lebih sebab kami memang betul-betul santai . Tak campur lagi masa yang kami berhenti untuk ambil gambar mungkin sebab tu jugalah perjalan pergi dan balik jadi 4 jam .
Okay , itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua . Bagi Yana trek nie okaylah tapi Yana tak fully satisfied sebab landamark dia just batu tu and not a proper spot sekiranya kita nak rehat untuk lepaskan penat . Sebab before this tempat yang Yana hiking puncak or titik akhir dia kami akan jumpa either pantai , air terjun takpun bukit yang ada proper tempat rehat sambil menikmati permadangan yang sangat-sangat menenangkan .
Jika anda nak cuba okay saja Yana tak halang view sini memang cantik sangat tapi kita tak boleh reach tempat cantik tu mungkin anda boleh just Yana yang tak mampu sampai dekat situ sebab dari atas memang akan nampak pantai cantik tu . Yana tak boleh sampai sana sebab tu Yana ralat lah sikit Yana penat-penat just dapat tengok pantai tu dari jauh jer .
1 Comments
Assalamualaikum.. cemana nak pm awak ye? Nak tanya cemana nak ke gertak sanggul tu.. macam best pulak..
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^