Himalaya Cystone Dapat Membantu Menghalang Pembentukan Batu Karang
Hai semua ! Hari nie Yana nak kongsikan satu produk daripada Himalaya yang dapat membantu untuk mencegah pembentukan batu karang . Jom baca |Himalaya Cystone Dapat Membantu Menghalang Pembentukan Batu Karang ❤️
Sebelum Yana ceritakan mengenai produk Himalaya yang Yana maksudkan tadi terlebih dahulu Yana nak bagitahu apakah punca berlakunya batu karang . Sekiranya anda semua nak tahu batu karang terbentuk di dalam saluran kencing iaitu dari buah pinggang hingga ke pundi kencing .
Beberapa punca penyakit batu karang adalah seperti berikut ;
Kurang air ,kurang garam , kurang lemak ormega , kurang vitamin C dan penyakit metabolik .
Manakala tanda-tanda sakit batu karang adalah seperti berikut ;
- Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi bawah tulang rusuk
- Sakit ulu hati
- Air kencing keruh dan busuk
- Kerap kencing dan kencing tak lawas
- Kencing berpasir
- Kencing berdarah
- Rasa pedih ketika kencing dan mungkin demam jika terdapat jangkitan pada salur kencing
Semua maklumat mengenai sakit batu karang nie Yana peroleh hasil Yana google ya
Himalaya Cystone dapat membantu mencegah pembentukan batu karang dan ia juga dapat merawat jangkitan saluran kencing dan asid urik yang tinggi .
Antara fungsi lain Himalaya Cystone adalah ;
- Menyokong kesihatan buah pinggang
- Memperbaiki fungsi buah pinggang
- Membuang batu karang dan mencegah batu karang berulang
- Melegakan gejala kencing pedih akibat jangkitan pada saluran kencing
- Menormalkan tahap asid urik
- Mengurangkan toksin dalam buah pinggang
- Mengoptimumkan kesihatan kencing
Bahan-bahan yang digunakan dalam Himalaya Cystone ;
Saxifraga ligulata , Didymocarpus pedicellata , Rubia cardifolia dan Tribulus terrestris .
Cara pengambilannya pula adalah seperti berikut ;
Untuk pesakit batu karang , 3 biji dua kali sehari ambil selepas makan sehingga batu karang keluar . Manakala untuk pencegahan pembentukan batu karang 1 tablet dua kali sehari selama sekurang-kurangnya 6 bulan , untuk asid urik anda disarankan untuk ambil 3 tablet dua kali sehari sehingga gejala menjadi normal .
Himalaya Cystone sesuai bagi mereka yang vegetarian dan bagi ibu mengandung melepasi trimester pertama .
Okay , itu sahaja yang Yana nak kongsikan mengenai Himalaya Cystone . Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut boleh rujuk :
Instagram : https://instagram.com/himalayamalaysia?utm_medium=copy_link
0 Comments
Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^