REVIEW : Murad's Rapid Dark Spot Correcting Serum & City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 │PA++++

 REVIEW : Murad's Rapid Dark Spot Correcting Serum

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua ! Okay hari nie Yana share satu produk  daripada Murad yang dapat menghilangkan bintik gelap di wajah kita .  Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca │REVIEW : Murad's Rapid Dark Spot Correcting Serum ♥


Sebelum Yana kongsikan dengan anda semua mengenai Murad's Rapid Spot Correcting Serum nie Yana nak share dulu punca kenapa terjadinya dark spot / bintik hitam . 

Okay , nie merupakan hasil carian Yana dekat Google bintik hitam atau tompok hitam boleh terjadi pada bila-bila masa . Akan tetapi , ia paling kerap muncul pada pertengahan usia . 

Punca bintik hitam pada usia tua adalah kesan daripada pendedahan kepada cahaya matahari . Selain itu , bintik hitam di muka juga dikaitkan atas kesan sampingan pengambilan beberapa jenis ubat .

Itu sahaja yang Yana nak kongsikan mengenai punca terjadinya dark spot di wajah . Murad's Rapid Dark Spot Correcting Serum mampu mengurangkan bintik hitam di wajah dengan hanya selepas 14 hari sahaja tanpa perlu rawatan daripada seorang doktor pun . 


Serum ini menggalakkan perolehan sel permukaan untuk kulit yang lebih cerah dan sekata .

Pernah dengar pepatah melayu berkata "mencegah lebih baik daripada merawat" ? Yana akan kongsikan satu tips penting untuk mencegah daripada terjadinya dark spot di wajah kita . Apa tu ? Haa , dengan penggunaan sunscreen kita dapat mencegah dark spot . Senang kan ?

Apakah Kebaikkan Murad's Rapid Dark Spot Correcting Serum ?
 

Murad's Rapid Dark Spot Correcting Serum diformulasikan untuk berfungsi kepada pelbagai jenis kulit kerana is menyasarkan kemunculan bintik hitam yang boleh muncul pada permukaan kulit dengan cara berbbeza bergantung kepada jenis kulit . 


Disamping itu , produk ini mengandungi gabungan antioksidan dan bahan-bahan yang menenangkan yang dapat membantu mengurangkan penampilan pigmentasi disebabkan oleh keradangan .


Antara Hasil yang Anda Dapat Selepas Penggunaan Murad's Rapid Dark Spot Correcting Serum .

  • pengurangan bintik hitam dalam tempoh 14 hari
  • kulit menjadi lebih cerah
  • kulit menjadi lebih licin
  • wajah lebih berseri-seri
Murad's Rapid Dark Spot Serum nie sesuai untuk kulit normal , berminyak , kulit kering dan juga jenis kombinasi .

Sepertimana yang Yana mention dekat atas tadi mencegah lebih baik daripada merawat untuk mencegah dark spot yang terjadi akibat sinaran UV kita WAJIB mengamalkan pemakaian sunscreen . 

Apakah Kebaikkan City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 │PA++++ ?


City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 │PA++++ mineral 100% revolusioner ultra ringan ini merupakan pelindung matahari dengan Teknologi Perlindungan Alam Sekitar melindungi kulit dari 5 penyebab utama kerosakkan yang mempercepatkan tanda penuaan : UVA , UVB , pencemaran , blue light dari peranti dan sinaran infra merah .


Matriks polimer lanjutan membantu menghalang lekatan dan penembusan daripada toksin alam sekitar , manakala Vitamin C membantu mencerahkan kulit . Selain itu , ia juga dapat membetulkan tona warna kulit dan meningkatkan keserian .

Cara penggunaan , goncangkan . Sapukan seluruh wajah ,  leher dan juga bahagian dada .

Tekstur City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 │PA++++ ringan dan mudah diserap oleh kulit . Paling penting lepas guna langsung tak rasa melekit .

Review Yana 


Selepas beberapa kali menggunakan kedua-dua produk daripada Murad nie Yana dapat rasakan yang kulit Yana kini tampak lebih  cerah dan sihat . 

Sebelum nie Yana memang akan apply make up tebal untuk Yana litupi semua dark spot yang ada dekat wajah Yana which is tak berapa bagus untuk kulit Yana sebenarnya . 

Mujurlah Yana dipertemukan dengan kedua-dua produk nie akhirnya masalah Yana dapat diatasi tanpa perlu "lawatan" daripada seorang doktor .


Okay , Yana rasa itu sahajayang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai review Yana tentang Murad's Rapid Dark Spot Correcting Serum & City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 │PA++++ . Sekiranya anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Murad boleh refer website dekat bawah .


boleh juga ke mana-mana MURAD  Exclusive Facial stores

1 Comments

  1. Best ye produk ni yana nak usha2 gak la nati sunscreen dia tu

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^