Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics untuk Rambut Sihat & Lebat
Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics untuk Rambut Sihat & Lebat
Hai semua ! Sepertimana yang kita semua sedia maklum rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita . Walaupun kita berhijab kesihatan rambut harus dijaga supaya kita tampil segar dan berkeyakinan sepanjang hari . Jom baca │Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics untuk Rambut Sihat & Lebat ♥
Hari nie Yana nak memperkenalkan anda semua dengan Safi Shayla , Pakar Rambut untuk wanita yang berhijab . Kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobiom kulit kepala bagi mencapai rambut berhijab yang lebih sihat dan lebat .
Objektif utama Safi Shayla ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan wanita berhijab perlukan penjagaan khas dan mantap untuk kulit kepala dan rambut mereka . Teknologi baharu Safi Shayla - Hijab Scalp Biotics kini tersedia untuk membantu .
Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut .
Yana sendiri merupakan pengguna tegar syampu Safi Shayla dan Yana highly recommended untuk hijabis di luar sana untuk mencuba syampu keluaran Safi Shayla nie .
Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI) , kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab . Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik . Akibat faktor cuaca yang panas dan lembap .
Hasilnya , pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur , rambut gugur & kulit kepala berbau dan gatal mudah berlaku kepada yang berhijab . Oleh itu , rambut berhijab perlukan penjagaan yang mantap .
Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab , rangkaiannya juga dipertingkatkan untuk memberi keharuman yang berpanjangan sehingga 72 jam . Walaupun kita berhijab sepanjang hari .
Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla
- berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur , serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin .
This one, Yana memang tengah guna sekarang Yana akui memang ianya sangat berkesan untuk mengurangkan masalah kelemumur sebab sebelum nie Yana mengalami masalah kelemumur .
Tapi , selepas beberapa kali cucian dengan menggunakan Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla , alhamdulillah masalah kelemumur dapat diatasi .
Syampu Licin Terurus
- melembut dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus . Rambut licin , lembut & senang disikat , tidak lagi frizzy dan serabut .
Okay , Syampu Licin Terurus nie sangat sesuai for those yang ada masalah rambut kusut dan susah diurus . Yana pun ada masalah rambut nie . Harap lepas Yana cuba syampu nie nanti rambut kerinting Yana nie lebih senang diurus .
Syampu Itch Kontrol
- menghilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa .
Yana yakin kebanyakkan hijabis mesti sering mengalami masalah kulit kepala gatal kan ? Especially bila kita berpeluh dan terdedah di bawah sinar matahari yang terik .
Bila ini terjadi mestilah kita rasa tak selesa dan kurang keyakinan nak berjumpa dengan orang . Sekarang dah tak perlu risau sebab Syampu Itch Control nie mampu mengatasi masalah kulit kepala gatal dan rambut berbau harum sepanjang hari walaupun ketika kita berhijab .
Syampu Kawalan Rambut Gugur
- Safi Shayla menguatkan struktur rambut dari akar , kurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh .
Yana tahu , ini merupakan masalah untuk mereka yang berambut panjang kan ? Setiap kali lepas sikat rambut ngeri jer tengok helaian rambut yag banyak gugur .
Siapa yang tak risau kan ? Even kadang-kadang masa kita bersyampu pun rambut akan gugur . Nah , hijabis sekalian sekarang anda dah tak perlu risau kerana Syampu Kawalan Rambut Gugur telah diformulasikan untuk mengatasi masalah ini . Yana highly recommended syampu nie untuk mereka yang sering mengalami masalah keguguran rambut .
Syampu Segar Bermaya
- rasa segar dengan sensasi dinginnya , syampu ini akan membersih secara mendalam dan mengurangkan minyak pada kulit kepala agar rambut ringan , segar dan bermaya .
Bila kulit kepala berminyak , mesti rasa tak selesa dan rambut pun akan sticky dan berbau kepam . Eyew , dah cantik-cantik tapi rambut berbau kepam is a big NO ya.
Worries no more hijabis kerana salah satu rangkaian syampu Safi Shayla which is Syampu Segar Bermaya membantu anda untuk mengatasi masalah ini dan memberi kesegaran kepada rambut anda sepanjang hari .
REVIEW YANA :
Sejujurnya , Yana memang pengguna Syampu Safi Shayla . Mostly rangkaian Syampu Safi Shayla yang sering Yana gunakan Syampu Anti Kelemumur . Memang Yana sangat berpuas hati .
Before this Yana malu dengan keadaan kulit kepala Yana sehingga Yana memilih untuk potong rambut sendiri dan tidak pergi ke kedai .
Serius , Yana malu sangat dengan kulit kepala berkelemumur nie . Alhamdulilah , selepas Yana konsisten menggunakan Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla sekarang Yana dah yakin nak potong rambut dekat kedai .
Yana sangat-sangat rekemen hijabis kat luar sana untuk mencuba rangkaian syampu daripada Safi Shayla nie . Hasil ya sangat-sangat menakjubkan .
Okay sekian sahaja perkongsian Yana pada kali ini . Yana sarankan kepada hijabis di luar sana untuk mencuba syampu Safi Shayla sekarang . Ia boleh didapati di mana-mana stor berdekatan dengan anda seperti Mydin , Econsave , Lotus , 99 Speedmart , Giant , TF Value , Watsons , Guardian dan sebagainya .
Anda juga boleh dapatkannya dari lama e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee
2 Comments
wow..best ni..i love safi..:)
ReplyDeletemenarik boleh cuba nanti produk ni
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^