Make Up Lokal Baru Kualiti Gempak & Paling Murah di Abad Ini

Make Up Lokal Baru Kualiti Gempak & Paling Murah di Abad Ini

ASSALAMUALAIKUM WBT ❤️

Hai semuaaa ! Long time no see kan ? Hehe . Yana sekarang more to instagram sesekali Yana ke blog untuk buat beberapa perkongsian yang menarik dekat sini . Suka make up tak ? Yana ada produk make up baru nak share dengan anda semua . Jom baca |Make Up Lokal Baru Kualiti Gempak & Paling Murah di Abad Ini ❤️


Yana merupakan seorang wanita yang bekerjaya . Walaupun sekadar kerani kilang masih dikira wanita bekerjaya ya . Haha ! Yana rasa kalau anda mengikuti perkembangan Yana dekat Facebook , Instagram ataupun Tiktok anda mesti perasan yang Yana sangat-sangat menitikberatkan penampilan Yana . Tak kiralah dari segi pakaian ataupun solekan .

Tak lengkap rasanya kalau Yana ke kerja tanpa sebarang solekan kerana bagi Yana solekan tu merupakan confident booster untuk Yana . Muka Yana sangat pucat tanpa make up sampai pernah ada satu hari tu kawan Yana tegur Yana tak sihat ke sebab nampak pucat . 

So , tak kira betapa rushing nya Yana muka mesti kena make up juga walaupun hanya sekadar pakai lipstik dan compact powder . Sejujurnya , Yana jaranglah buat macam tu Yana akan curi juga masa untuk buat full make up .

Yana sebenarnya tercari-cari juga produk make up yang boleh jimatkan masa Yana dan hasil make up Yana akan jadi wow walaupun Yana make up cepat-cepat . Alhamdulillah , akhirnya Yana diperkenalkan dengan rangkaian produk make up daripada SLAE COSMETICS !

Rangkaian produk make up SLAE Cosmetics nie terdiri daripada cushion foundation , compact powder , eyeshadow , lipstick , lipmatte , eyeliner , eyebrow liner dan mascara .

Okay sekarang Yana nak ceritakan info setiap produk nie berserta dengan personal review daripada Yana . Pertama sekali kita mulakan dengan ; 

Bare & Boujee Cushion Foundation 


Bare & Boujee Cushion Foundation  merupakan salah satu produk best seller mereka kerana dengan sapuannya ia dapat membuat kulit tampak lebih flawless dan smooth . Mengandungi SPF50 untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari . Ianya sesuai untuk semua jenis kulit .

Bare & Boujee Compact Powder 


Bare & Boujee Compact Powder  great in mattifying oily skin dalam erti kata lain sekiranya kita ada masalah kulit berminyak tu dia dapat matte kan kulit kita supaya tak berminyak . Sorry , Yana taktau pula term untuk matte dalam Bahasa Malaysia harap anda faham apa yang Yana cuba sampaikan . Walaupun selepas berjam-jam kita bekerja dia akan buat makeup kita tahan lama dan tak cacky yer . Bare & Boujee Compact Powder nie mengandungi SPF20 .

Wild & Wonder Eyeshadow


Wild & Wonder Eyeshadow pula merupakan eyeshadow yang sangat pigmanted . Paling best ia juga mudah nak blend sorry lah ada beberapa term make up dalam Bahasa Inggeris yang Yana failed untuk terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia . Bila easy to blend nanti eyeshadow tu akan nampak just nice dekat mata kita . Warna-warna dia pun cantik . Yana suka warna macam nie macam warna-warna selamat boleh guna untuk daily make up if nak nampak glam kita olah sikit supaya nampak glamour gitu .

Bloom This Way Powder Matte


Bloom This Way Powder Matte untuk lipstik nie Yana menggunakan kod Dusty Peony . Yana memang suka dengan warna-warna nude macam nie sebab dia sesuai dengan tona kulit Yana lagi satu kalau kita guna warna nude nampak manis saja hasil make up kita nanti . Bloom This Way Powder Matte nie bbgus untuk cover bibir yang gelap juga pigmanted walaupun semasa makan atau minum kesan lipstik tu tak lekat yer . Warnanya masih kelihatan cantik di bibir anda .

SummerKiss Liquid Lipmatte


SummerKiss Liquid Lipmatte untuk lipmatte nie kod dia Tropical Pink ia juga merupakan jualan terlaris . Smooth dan matte . Walaupun kita pakai face mask in shaa allah dia takkan melekat dan mengotorkan face mask . Sesuai juga digunakan sebagai eyeshadow dan blusher . 

Feline Microblade Eyebrow Liner 


Feline Microblade Eyebrow Liner kod Black Brown , sejujurnya Yana tak pernah ya gguna eyebrow liner macam nie tapi nampak macam menarik untuk dicuba . Bilah mikronya membolehkan kita melukis kening serta-merta dan memberikan hasil kening yang semula jadi .

Feline Liquid Eyeliner & Feline Triple Threat Mascara



Feline Liquid Eyeliner sangat halus dan warna hitamnya pekat dapat memberikan hasil yang sangat superb lepas guna . Manakala Feline Triple Threat Mascara merupakan kegemaran sepanjang masa dan juga salah satu hot selling ! Mudah untuk digunakan ia akan membuat bulu mata kelihatan lebih tebal dan panjang . Oh ya , ia merupakan kegemaran MUA juga kerana ia sesuai untuk bulu mata yang agak pendek . Maskara ini akan mencengkam setiap bulu mata dengan baik .

Sebelum Yana lupa , Yana nak bagitahu bahawa rangkaian produk kosmetik SLAE ini adalah mesra wudhu . Bila kita nak remove mudah saja tak perlu buang banyak masa untuk proses remove make up .


REVIEW YANA : Yana tak tahu nak pilih yang mana paling Yana suka sebab semuanya best-best daripada cushion foundation sampailah lipstik . Disebabkan Yana suka dengan eyeshadow so eyeshadow paling best for me . 

Awal tu Yana ingat tak berapa nak pigmanted sebab bila apply dekat tangan macam tak lekat sangat . Once Yana dah apply dekat mata OMGGGG ! Serius memang pigmanted warna dia pun just nice . Lipmatte pun lembut di bibir . Lepas dah make up semua masa nak remove tak perlu banyak effort pun especially bahagian mata . Eyeliner dan maskara senang saja nak remove memang betul-betul kosmetik make up mesra wudhu . Yana highly rekemen SLAE kosmetik untuk anda wanita-wanita yang busy dekat luar sana tapi tetap nak nampak cantik . 

Well , itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua . Sekiranya anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk kosmetik daripada SLAE ini boleh refer maklumat dekat bawah . 


Oh ya ! Good news untuk anda ya . Anda boleh dapatkan DISKAUN ISTIMEWA . Dekat bawah nie Yana ada sediakan kod untuk melayakkan anda dapat diskaun semasa membuat pembelian kosmetik SLAE nie .


[Coupon Code for 10% OFF : Lyana]
[First Time Purchase, will get extra 15%!]

[Coupon Code for 10% OFF : SLAELyana]


Instagram

Facebook

TikTok

Lagi satu good news sekiranya anda untuk jadi yang terawal untuk dapatkan KOD DISKAUN dan FREE GIFT, join Telegram Channel #SLAEBabe : https://t.me/+_uj1IpbAl3k5YzQ1

kalau nak bercakap dengan BEAUTY CONSULTANT SLAE untuk membantu anda pilih warna-warna yang sesuai dengan TEKSTUR DAN WARNA KULIT anda, boleh terus klik di sini untuk Whatsapp team SLAE : http://wasap.my/60192225712/SLAECosmetics

* SLAE ialah jenama tempatan yang komited untuk memperkasakan wanita yang bekerja dan wanita yang sibuk, juga 100% semulajadi dan bebas kekejaman!

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^