Cherie , Cafe Comel Berkonsepkan Korean di Penang
ASSALAMUALAIKUM ♥️
Hai semua ! Hari nie Yana nak share dengan anda semua satu cafe yang comel gila dekat Penang berkonsepkan korean . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca | Cherie , Cafe Comel Berkonsepkan Korean di Penang ♥️
Yana ternampak cafe nie masa Yana scroll Facebook Yana . Yana suka akan design dia yang simple tapi cantik tak puas mata memandang . Dia ala-ala minimalist gitu .
So , Yana dengan kawan Yana decide untuk try makanan dekat sini which is more to desserts. Actually ada saja makanan lain tapi desserts dekat Cherie tersangatlah comel Yana teringin sangat nak cuba .
Yana dan kawan Yana decide nak try dua jenis kek dekat sini yang topping dia ada muka bear dan satu lagi ada cream putih with strawberry . Kami tak kisah nak rasa apa kek tu because kami judge kek tu based on looks . Haha .
Alhamdulillah, kedua-dua kek tu sangat sedap , lembut dan lembap. Serius Yana suka sangat dan rasanya tak terlalu manis .
Both cake tu nama dia Strawberry Milk Mini Cake dan Earl Grey Milk Tea Mini Cake masing-masing harga RM18 sahaja . Manakala untuk minuman , Yana pilih Rose Latte dan kawan Yana pilih Before Sunset (citrusy yuzu honey soda) .
Cherie terletak dia 206, Jalan C.Y. Choy, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang . Cafe nie muslim friendly takdak serve alcohol dan pork .
Yana highly recommended this cafe . Sekiranya anda kaki OOTD macam Yana this cafe is the best place for you to hangout and chill-chill dengan kawan-kawan .
Okay , itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua . More info boleh refer bawah ya ♥️
Waktu Operasi :
10.30 am - 6.30 pm
Selasa Tutup
Alamat : 206, Jalan C.Y. Choy, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
0 Comments
Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^