Hai semua ! Hari nie Yana ada berita best nak share dengan anda semua . Nak tahu apa berita gembira tu ? Jom baca |Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana ♥️
Yana yakin siapa-siapa yang ada follow Yana tak kisah lah dekat Facebook , Instagram ataupun di aplikasi Tiktok anda semua mesti perasan kan Yana dengan makanan berpisah tiada .
Terpaksa tahun nie Yana tolak beberapa jemputan review buffet Ramadan dek kerana berat badan Yana nie , berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya . Ramai yang kata "eh Yana mana ada gemuk pun , biasalah tu . Normal jer" . Nahh ! Jangan percaya . Haha .
Badan kita , kita sendiri tahu beza dia either dia semakin naik or turun . Yana mula perasan berat badan Yana naik bila Yana buat aktiviti yang Yana selalu buat sebelum tapi sekarang bila Yana buat rasa penat , mengah dan tak larat .
Lagi satu , badan Yana selalu rasa lemau asyik nak baring saja kalau boleh . Dulu Yana suka beraktiviti sekarang Yana malas . Malas yang teramat sangat . So , dari situ Yana sedar something is not right .
Agak mengejutkan ya bila Yana pergi timbang jarum berhenti tepat pada angka 64kg . Haaa , anda mesti tak percaya kan tapi ada mata yang boleh "scan" Yana dari jauh yang Yana dah gain lots of weight .
Yana sebenarnya tak berani tau nak ambil any suplements sebab banyak benda tak best Yana baca bila kita tersalah ambil suplements. Sampailah satu hari tu , Yana diperkenalkan dengan produk keluaran GKB .
Apa itu GKB ?
GKB (GK BIO International Sdn Bhd) yang telah ditubuhkan pada tahun 2018 adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sana antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan .
Objektif utama mereka adalah untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi .
Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul.
GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.
Terdapat beberapa produk keluaran GKB dengan fungsi yang berbeza telah menarik perhatian Yana . Produk-produk tersebut terdiri daripada ;
Lactobacillus Plantarum GKM3
GKB G-Pro Gold
Probio+
Lactobacillus Rhamnosus Plus
Probizymes
Okay , as Yana mentioned earlier. Yana ada masalah dengan berat badan Yana sekarang . Yana mengamalkan pengambilan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 . Yana ada rasa sedikit perubahan seluar yang dulu susah Yana nak zip sekarang smooth saja tau .
Selain daripada masalah berat badan kulit wajah Yana juga kelihatan kusam . Haa , sebab itulah kalau anda semua nak tahu Yana sangat obses dengan makeup . Kadang-kadang Yana malas nak makeup terus muka Yana nampak takdak seri , pucat macam orang sakit .
Tapi , selepas Yana cuba GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus nie Yana perasan kulit Yana agak glowing dan lembap .
Cara pengambilan dia sangat mudah , just bancuh dengan air rasa dia pun sedap . Paling best , ia didatangkan dalam bentuk sachet jadi mudahlah untuk dibawa ke mana-mana .
Satu lagi tabiat buruk Yana . Yana suka sangat makan makanan yang tak sihat dan kurang pegambilan sayur-sayuran dan buah-buahan .
Sejujurnya , Yana memang ada masalah nak membuang . Perut sakit tapi "dia" takmau keluar . Haha ! Jadi , Yana ada ternampak orang recommend untuk try GKB Probio+ katanya boleh membantu masalah sembelit .
Well , Yana dah cuba dan serius ia sangat membantu . Lawas jer Yana sekarang . GKB Probio+ mengandungi probiotik dan prebiotik this both dapat membantu proses pencernaan dan dapat mengurangkan masalah sembelit .
GKB Probizyme dan GKB G-Pro Gold
Kedua-dua produk nie sesuai untuk mereka yang ada masalah gastrik . Alhamdulillah, Yana takdak masalah nie .
GKB Probizyme mengandungi bakteria probiotik dan prebiotik untuk membantu proses pencernaan selain itu ia juga dapat membantu mengurangkan cirit-birit. GKB Probizyme didatangkan dalam bentuk sachet .
Berbeza dengan GKB Probizyme GKB G- Pro Gold didatangkan dalam bentuk kapsul . Ia mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik .
Fungsi dia lebih kurang sama sahaja dengan GKB Probizyme. G-Pro Gold berfungsi lebih baik dalam penyakit gastrousus yang teruk.
Ia sangat sesuai bagi mereka yang menghidapi penyakit gastrousus yang teruk seperti kolitis ulseratif, Sindrom Usus Merengsa (IBS), Penyakit radang usus (IBD). Pada masa yang sama ia juga membantu meningkatkan imuniti .
Sekiranya anda berminat untuk cuba produk keluaran GKB boleh dapatkan di Farmasi besar di Malaysia atau di Alpro Pharmacy , kalau nak lagi senang anda boleh ke laman web GKB .
Apa-apa pun Yana prefer anda semua dapatkan khidmat nasihat doktor anda sebelum mula consume any of this product ya .
0 Comments
Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^