Jurnal Umi di Hospital Sebagai Pesakit Kanser Rahim Part I
ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤️
Hai hangpa ! Selepas beberapa kali aku fikir untuk delete this blog aku finally decided untuk jadikan blog yang dah beberapa tahun aku created untuk review sebagai jurnal peribadi aku .
Sejujurnya , rasa sayang juga untuk aku delete blog nie memandangkan aku rasa dah beribu aku habis untuk renew domain and so on . Well , memandangkan hari nie aku macam ada mood sikit aku nak share cerita macam mana aku habiskan sisa hidup Umi aku dengan aku masa dekat hospital selama 13 hari .
Semuanya bermula pada 7 Julai 2024 yang mana merupakan tarikh anniversary Ayah aku dengan Umi aku yang ke 34 . Masa tu , Umi aku sangat-sangat lemah dan sakit . FYI , Umi aku dah lama ada masalah turun darah selepas dia menopause and at the same time Umi aku ada masalah fibroid.
Aku betul-betul ingat benda nie tak serius so aku macam take it easy on her dengan harapan sakit nie sementara nanti Umi akan back to normal . Umi aku memang tak lalu makan almost for a month . Masa dekat rumah Umi sakit aku langsung tak kisah sangat sebab aku ingat Umi sakit perut biasa or just demam biasa soon akan okay .
7 Julai 2024 , semuanya berubah. Umi sakit sangat-sangat hari tu . Sakit perut yang teramat sangat dia dah tak boleh tahan dia ajak aku teman dia pi hospital . Apa yang lagi worse masa tu kereta aku masuk bengkel ada motor semata-mata . Masa tu aku dah tak ingat nak minta tolong dengan siapa pun dalam kepala aku just nak Umi cepat sampai hospital so aku order grab .
Alhamdulillah, grab pun cepat sampai all the way to hospital aku pegang tangan Umi and aku nampak Umi sangat menderita tahan sakit masa tu . Sampai hospital terus ke zon kecemasan masa tu waktu Zohor Umi aku masuk dalam unit kecemasan and aku tunggu dekat luar tu dari Zohor sampai Maghrib . Masa tempoh menunggu tiga kali staf hospital panggil aku explain keadaan Umi .
Masa nak almost Maghrib staf hospital called aku just in case aku nak jumpa Umi for awhile sebab Umi kena admit and tengah tunggu wad kosong . Aku masuk tengok Umi dengan keadaan macam tu air mata aku auto turun and tak boleh berhenti sampai sekarang aku still ingat that moment . Umi cakap dia okay , jangan risau dekat sini ada orang akan jaga dia . Umi tanya aku dah makan ? Aku hanya mampu geleng kepala , dia tanya lagi dari tadi tak makan sekali lagi aku hanya mampu menganggukkan kepala aku suara memang tak boleh keluar once aku tengok keadaan Umi .
Sumpah aku tak pernah expected keadaan Umi akan seteruk tu . Aku balik naik grab , sampai rumah aku tak rasa nak makan pun terus tidur tak sabar nak tunggu esok nak jumpa Umi aku .
Cerita nie quite panjang walaupun Allah bagi aku hanya 13 hari untuk aku jaga Umi dekat hospital . In shaa allah nanti ada masa and mood aku sambung lagi . Kalau hangpa sudi , tolonglah sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Umi aku ❤️
4 Comments
al-fatihah buat umi yana..
ReplyDeleteTerima kasih Cik Nor , al fatihah juga buat arwah mak Cik Nor =)
DeleteAllah bagi Yana rezeki untuk jaga umi , Alhamdulillah.. kak ana pernah lalui saat macam ni tapi kak ana tak direzekikanNya jaga arwah mak, sebab kak ana masa tu sakit tulang belakang sangat2 dalam masa yang sama, tak mampu nak urus kan mak waktu akhir hayatnya ..
ReplyDeleteAlhamdulillah Kak Ana , maybe Allah nak bagi Yana tebus dosa Yana dengan arwah Umi . Yana tak rapat sangat dengan arwah masa hayat dia sebab Yana cemburu tgk dia selalu defend adik Yana . Bodohkan Yana ? Mana ada mak tak sayang anak . Selamat Allah mau juga bagi kesempatan walaupun hanya 13 hari
DeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^