Jurnal Umi di Hospital Sebagai Pesakit Kanser Rahim Part II
ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤️
Hai hangpa ! Okay aku sambung balik cerita . 8 Julai 2024 Umi aku dah dimasukkan ke dalam wad . Pagi-pagi lagi aku dah called hospital tanya status Umi aku staf hospital cakap Umi aku dah dimasukkan ke dalam wad dengan sekian-sekian details tapi tak lengkap . Salah aku juga , sebab tak tanya betul-betul . Ini merupakan pengalaman aku pertama kali kena deal dengan hospital sebab before this aku ke hospital sebagai pelawat bukan sebagai waris pesakit .
Alhamdulillah, ada hamba Allah nie dia dia WhatsApp aku bagitau semua pasai Umi , wad mana , katil berapa semua lah siap pakej hantar gambar arwah Umi dekat aku . Aku happy tengok keadaan Umi macam okay sikit kalau nak compared dengan masa aku hantar Umi ke emergency.
Maka bermulalah hari pertama aku jaga arwah Umi di hospital pada tarikh 8 Julai 2024 . Masa hari pertama Umi nampak okay but still Umi tak berapa nak makan sebab bila Umi makan dia akan muntah mungkin dia jadi trauma nak makan . Bila aku jaga , aku akan pujuk jugak Umi makan walaupun sikit sebab nak kena makan ubat kan .
Selepas beberapa hari aku jaga arwah Umi aku sempat jumpa dengan doktor , doktor ada bagitahu aku arwah Umi aku berkemungkinan ada kanser tapi mereka tak sure benda just ketumbuhan atau kanser plus fibroid arwah Umi dah semakin membesar tu jugak merupakan salah satu sebab bila arwah Umi makan dia asyik muntah .
Masa doktor bagitahu , arwah Umi mungkin ada kanser aku teriak . Aku takmau arwah Umi nampak aku teriak so aku teriak membelakangi dia but she knew I was crying and she said " takpalah kalo kanser pun , nak buat macam mana . Terima sajalah . Takyah teriak , Umi okay"
Kebetulan masa arwah Umi admitted Penang cuti panjang sebab Heritage Day and ada lagi cuti lain yang bersambung so aku tak perlu pun apply cuti . Mudah sangat urusan jaga arwah Umi aku cuma perlu monitor dia , pimpin dia ke toilet sebab arwah Umi masih boleh berjalan and dia seboleh-bolehnya takmau kencing dan berak dalam pampers . Sebab takmau susahkan kami anak-anak dia .
Awal tu , aku dapat rasakan arwah Umi ada potential untuk sembuh . Ada hari aku nampak dia semakin okay sampailah nurse pindahkan arwah Umi daripada bilik Acute Care ke bilik biasa . Masa dekat bilik biasa tu aku perasan arwah Umi aku banyak termenung . Arwah Umi juga start cakap pelik-pelik and keep saying sorry sebab susahkan kami untuk jaga dia . Demi Allah sedikit pun aku tak rasa susah nak jaga arwah Umi . Aku rasa bahagia bila ada dengan arwah Umi walaupun dekat hospital . Aku rasa tenang , sikit pun aku tak rasa letih .
Sorry gais , aku kena stop lagi aku tak boleh teruskan menulis dekat sini . Aku masih rasa sebak dan masih segar semua kenangan dengan arwah Umi masa dekat hospital . In shaa Allah nanti aku sambung lagi yer .
0 Comments
Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^