Meora dan Ferra di Eka Heights , Merupakan Kediaman Ideal untuk Keluarga ; Berkonsepkan Kediaman Moden
ASSALAMMUALAIKUM WBT
Hai semua ! Yana kembali dengan beberapa info menarik mengenai projek terbaru Eka Heights iaitu Meora dan Ferra . Anda nak tahu apa yang menarik ? Jom baca │Meora dan Ferra Eka Heights , Kediaman Ideal untuk Keluarga ; Berkonsepkan Kediaman Moden ❤️
Sebelum Yana memulakan perkongsian ini , terlebih dahulu Yana nak kongsikan dengan anda semua satu info menarik . Baru-baru ini Eka Heights telah melancarkan projek perumahan baharu yang dikenali sebagai Meora dan Ferra .
Projek mereka pada kali ini menawarkan konsep kediaman moden dengan reka bentuk yang elegan serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan hidup penduduk.
Tentang Eka Heights
Oh ya , sebelum tu Yana nak tanya . Pernah tak anda membayangkan setiap pagi selepas bangun dari tidur anda "disajikan" dengan persekitaran yang tenang dengan dikelilingi dengan tumbuhan yang menghijau . Ditambah pula dengan bunyian alam semula jadi disertakan dengan kemudahan kehidupan moden dihadapan pintu rumah anda. Pernah tak anda bayangkan ?
Okay , kembali kepada topik kita pada kali ini . Yana nak kongsi satu lagi info mengenai Eka Heights . Eka Heights meliputi kawasan seluas 371 ekar tanah utama di Seremban Barat dan merupakan pembangunan penting dalam Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV) .
Eka Heights juga menawarkan sebuah tempat "perlindungan" di mana sesebuah keluarga dapat berkembang , maju dan pada masa yang sama dapat mencipta kenangan sepanjang hayat .
Kisah Kejayaan Eka Heights
Eka Heights telah membuktikan daya tariknya dengan pelancaran yang berjaya bagi Presint 3 dan Presint 10 . Menampilkan rumah teres satu dan dua tingkat. Selain itu , ia juga mendapat permintaan yang tinggi di mana ia menyebabkan penjualannya cepat habis . Sementelahan itu , dengan ciri daya tarikan yang menarik ia secara tidak langsung memikat hati pembeli rumah yang mencari keselesaan , kemudahan dan pertumbuhan.
Fakta Menarik Eka Heights ; Nadi Sebuah Komuniti yang Maju
• 371.79 ekar tanah yang dibangunkan dengan teliti
• 3620 unit kediaman dengan pelbagai susun atur ,
• 25 unit komersial yang memberikan kemudahan dan perkhidmatan kepada penduduk
• Taman Mageka seluas 15.5 ekar merupakan pusat komuniti yang menawarkan ruang hijau yang subur untuk bersantai , rekreasi dan bersosial .
• keselamatan adalah keutamaan di Eka Heights , dengan pagar keliling dan Pondok Rukun Tetangga yang ditempatkan secara strategik dapat memastikan penduduk menikmati ketenangan fikiran , mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anda dan keluarga
• lokasi utama dan aksesibiliti
• Ruang Hijau : Taman Mageka Alam Semula Jadi di Pintu Anda
Lokasi Utama dan Aksesibiliti
- terletak di dalam Lembah Wawasan Malaysia
- pembangunan ini dikelilingi oleh kejiranan yang mapan dan menawarkan keterhubungan yang sangat baik
- lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan sambungan KLIA dapat memudahkan anda untuk sampai ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi penting yang lain
Ruang Hijau : Taman Mageka - Alam Semula Jadi di Pintu Anda
- di tengah-tengah Eka Heights terletak Taman Mageka , sebuah oasis hijau seluas 15.5 ekar yang direka untuk memupuk kehidupan berkomuniti.
- ia merupakan lebih daripada sekadar taman , ia adalah tempat di mana penduduk berkumpul untuk bersantai , bermain dan membina hubungan yang berkekalan
Taman Mageka Menampilkan :
3 Comments
Ferra tu cam sesuai je untuk I. Tawaran dia pun menarik dan kemudahan dia memang terbaik.
ReplyDeleteUntung siapa beli rumah kat sini. Design cantik & selesa.. Memenuhi ciri2 rumah idaman
ReplyDeleteSally mmg suka sgt dgn kediaman yg byk facilities...dia bukan semata rumah je...macam kalau duduk situ pun byk aktiviti boleh buat...kalau la Eka Heights ni dekat Ampang...hahahaha...dah lama beli seketul kekeke
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^