ASSALAMUALAIKUM WBT ❤️
Hai hangpa ! Hari nie Yana macam free untuk menulis mengenai pengalaman Yana dine in dekat Irama Dining untuk lunch baru-baru nie . Info lanjut jom baca |Irama Dining Restoran Masakan Melayu Halal di Penang ❤️
Tempat makan sangat selesa dan tampak mewah bagi Yana . Sekiranya hangpa plan untuk buat family or friends gathering memang sangat sesuai . Cakap banyak takmau jom tengok beberapa menu yang Yana order semasa Yana dine in dekat sana
Pembuka Selera
Okay sebagai menu pembuka selera Yana pilih tauhu bergedil dan otak-otak . Sejujurnya Yana suka kedua-dua menu nie . Rasa otak-otak tu agak unik dan teksturnya lembut makan dengan keropok tu memang sedap . Tauhu bergedil pula bila dengan sambal hitam tu rasa dia sedap dan tak pedas sesuai untuk kanak-kanak .
HIDANGAN UTAMA
Nasi Beringin , Nasi Bunga Telang & Nasi Ulam |
Ayam Bawang |
Ikan Goreng Masak Lemak Cili Api |
Pasta Goreng Kampung |
Pasta Carbonara Beef Dendeng |
Jom tengok menu yang Yana order untuk hidangan utama . Yana pilih dua masakan melayu dan dua masakan western tapi telah diubah suai ala-ala masakan melayu . Haa , hangpa mesti taktau kan macam mana .
Secara keseluruhan Yana berpuas hati dengan kesemua hidangan menu utama nie rasa kesemua masakan tersebut memang kena dengan tekak melayu Yana . Yana highly recommended hangpa try Ikan Goreng Masak Lemak Cili Api dan Ayam Bawang . Manakala untuk nasi , Yana lebih suka Nasi Beringin dan Nasi Ulam .
KERABU
Rasanya tidak lengkap hidangan masakan melayu tanpa kerabu . Yana pilih dua jenis kerabu iaitu Kerabu Ikan Bilis dan Kerabu Pomelo . Antara kedua-dua jenis kerabu nie Yana lebih suka dengan Kerabu Pomelo sebab rasa dia segar makan saja pun dah sedap .
PENCUCI MULUT
Last but not least , untuk hidangan pencuci mulut Yana pilih Bubur Somsom dan Snow Cheese Cake . Sumpah rasa kedua-dua pencuci mulut nie sangat sedap dan tak muak . Sekiranya hangpa mai makan dekat sini tolonglah order kedua-dua pencuci mulut nie .
Okay lah , itu saja Yana nak kongsikan pada kali ini . Terima kasih kerana sudi singgah dan baca coretan Yana pada kali ini . Cuba hangpa suggest dekat mana pula Yana patut cuba makan di Penang nie . Oh ya ! Sebelum Yana lupa makanan dekat Irama Dining nie HALAL . Restoran ini dimiliki oleh orang muslim . Sampai berjumpa lagi . Byeeee !!
📍Irama Dining
2nd Floor, 2, Penang St,
George Town, 10200 George Town,
Pulau Pinang
0 Comments
Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^